Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keluarga Malaysia Boleh Tonton Piala Dunia 2022 QATAR Secara Percuma

Keluarga Malaysia Boleh Tonton Piala Dunia 2022 QATAR Secara Percuma

Diterbitkan Ogos 14, 2022 oleh Amalina Athman

Memetik laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan Keluarga Malaysia berpeluang untuk menyaksikan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2022 Qatar secara percuma apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menjadi penyiar rasmi bagi acara sukan terbesar dunia itu.

Menurutnya, sebanyak 41 perlawanan akan disiarkan oleh RTM iaitu 27 perlawanan secara langsung termasuk perlawanan akhir dan 14 siaran tertunda. Secara keseluruhan, ia melibatkan 130 jam siaran.

Berkaitan

  • Malaysia Mungkin Bakal Anjur Piala Dunia Mobile Legends Tahun Hadapan
  • Boleh Menang Tiket Piala Dunia 2022 Bila Anda Beli Produk Terpilih Hisense
  • Piala Dunia 2022 Guna Teknologi Ofsaid Separa Automatik, 29 Titik Data Pada Badan Pemain

Dikhabarkan RTM akan menyiarkan perlawanan yang melibatkan negara ranking tinggi dan mempunyai ramai peminat di Malaysia. Siaran tersebut akan disiarkan menerusi tiga saluran televisyen iaitu TV2, TV Okey, Sukan RTM dan penstriman langsung melalui RTM Klik.

Bagi tujuan itu, RTM akan menanggung kos sebanyak RM32.5 juta untuk membolehkan Keluarga Malaysia mengikuti sukan bertaraf dunia itu secara percuma kali ini.

Sebagai makluman, Piala Dunia 2022 Qatar dengan slogan ‘Now Is All’ akan diadakan di lapan stadium rasmi di Qatar melibatkan 32 negara dan dijadualkan berlangsung dari 20 November hingga 18 Disember ini.

Terdahulu, pada edisi Piala Dunia 2018 RTM juga telah mendapat hak penyiaran bagi 41 daripada 64 perlawan antarabangsa itu dengan 27 daripadanya ditayang secara langsung, membabitkan kos keseluruhan sekitar RM30 juta.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY