Hisense Malaysia selaku penaja rasmi untuk FIFA World Cup 2022 melancarkan kempen Too Big To Miss bermula 18 November sehingga 30 November 2021. Pelanggan yang membeli produk terpilih berpeluang untuk ke FIFA World Cup 2022 atau ganjaran tunai sehingga RM20,000 melalui FIFA World Cup 2022 Creative Writing Contest.
Dengan Too Big To Miss, pelanggan yang membeli produk terpilih akan menerima pin tambah nilai Touch’nGo eWallet bernilai RM100.
FIFA World Cup 2022 Creative Writing Contest menawarkan hadiah utama sejumlah wang tunai RM20,000 atau sepasang tiket ke FIFA World Cup 2022 termasuk penerbangan dan tempat tinggal di Qatar. Untuk tempat kedua pula, seorang daripada pemenangnya akan mendapat TV bersaiz 65 inci dan seorang pemenang lagi akan mendapat peti sejuk. Tempat ketiga pula menawarkan jersi pasukan untuk dua pemenang.
Untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah ini, pelanggan perlu membeli produk terpilih daripada Hisense dan berbelanja sekurang-kurangya RM2,111.00, menghantar karya penulisan kreatif mereka tentang ‘2111’ (singkatan pada 21 November), mengambil gambar dan memuat naiknya bersama bukti pembelian pada di laman web Hisense Malaysia.
Klik SINI untuk senarai produk terpilih, syarat dan terma serta maklumat lanjut berkaitan.
Sumber: Siaran Akhbar Hisense
Baca juga: