Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kelonggaran Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia Sehingga 31 Disember

Kelonggaran Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia Sehingga 31 Disember

Diterbitkan Disember 7, 2023 ยท Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia baru-baru ini mengumumkan pelancong asing wajib mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) bermula Disember. Bagaimanapun, kerajaan kini memberikan kelonggaran sehingga 31 Disember 2023 untuk mengisi MDAC.

Berkaitan

  • Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online
  • Pelancong Asing Kini Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

Bermula 1 Januari 2024, warga asing diwajibkan mengisi kad digital berkenaan dalam tempoh tiga hari sebelum tiba di negara ini.

MDAC merupakan salah satu daripada lima inisiatif utama bagi penambahbaikan kemudahan perkhidmatan Jabatan Imigresen, selaras pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV) yang mengecualikan visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India bermula 1 Disember.

Selain warga Singapura, turut dikecualikan mengisi MDAC ialah pemegang pasport tetap Malaysia dan pas jangka panjang Malaysia, pemegang sijil pengenalan biasa Brunei (GCI) dan Brunei Malaysia Frequent Traveller Facility, serta pemegang pas sempadan Thailand dan pas Lintas Batas Indonesia.

https://www.facebook.com/imigresen/posts/pfbid02Coo3aT2C3pQ1eGwMPhj68QmNK1TkGHSEVP7eXRaT11jZqLVNZG1pEDKEZtHr6ASxl

Kad ketibaan itu boleh diisi di portal rasmi Jabatan Imigresen menerusi pautan imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main.

Sementara itu, sebanyak 14 kaunter imigresen yang baharu dibuka di KLIA sempena pelaksanaan pengecualian visa berkenaan, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 60 kaunter.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY