Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pelancong Asing Kini Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

Pelancong Asing Kini Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

Diterbitkan Disember 4, 2023 · Dikemas kini Disember 7, 2023 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kini mewajibkan pelancong, pelawat asing untuk melengkapkan Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) sebelum ketibaan mereka ke negara ini, bermula 1 Disember 2023.

Berkaitan

  • Cara Untuk Perbaharui Pasport Secara Online

Menurut JIM, semua pengembara asing dikehendaki melengkapkan MDAC dalam tempoh 3 hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

Bagaimanapun, ia terkecuali bagi mereka yang melakukan transit melalui Singapura (tanpa melalui pelepasan imigresen), penduduk tetap Malaysia serta pemegang kad Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (MACS).

Borang pra-ketibaan dalam talian itu boleh diisi dalam tempoh sehingga 3 hari sebelum ketibaan ke Malaysia menerusi pautan https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main.

Pelancong Asing Kini Wajib Isi Kad Ketibaan Digital Malaysia

Sebaik tiba di Malaysia, pengembara asing perlu mengemukakan pasport yang sah dan MDAC yang lengkap kepada pegawai untuk pengesahan melalui kaunter imigresen.

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY