Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Internet 1Gbps Masih Tak Cukup? Ini Mungkin Kelajuan Internet Sebenar Yang Anda Perlu

Internet 1Gbps Masih Tak Cukup? Ini Mungkin Kelajuan Internet Sebenar Yang Anda Perlu

Diterbitkan April 19, 2024 · Dikemas kini April 19, 2024 oleh ariff bukhari

Di era yang sangat terhubung hari ini di mana telefon pintar kelihatan melekat pada tangan kita, ketersediaan akses internet berkelajuan tinggi sememangnya menyenangkan hati kerana ia memastikan kita sentiasa terhubung, sama ada di tempat kerja, rumah mahupun di tempat awam.

Malah dengan mempunyai kelajuan internet yang pantas, ia menjadi kunci untuk kita melakukan semua aktiviti dalam talian mengikut kadar yang dijangkakan, daripada mesyuarat dalam talian, memuat naik gambar di Instagram dan video TikTok sehinggalah bermain permainan di telefon pintar.

Berapakah kelajuan yang anda perlukan sebenarnya?

Walaupun kita semua mahukan pengalaman internet yang pantas, tapi persoalannya: Berapakah kelajuan yang anda perlukan sebenarnya?

Jika anda merancang untuk memasang perkhidmatan internet baharu atau sedang berfikir untuk menaik taraf pelan sedia ada anda, memahami tahap kelajuan yang sebenar yang anda perlukan boleh membantu memastikan kelajuan anda cukup pantas untuk aktiviti harian anda yang terhubung.

Malah anda juga mungkin dapat menjimatkan beberapa ringgit duit anda dari dibazirkan begitu sahaja pada langganan internet.

Tiada jawapan

Cuma malangnya, tiada pun jawapan yang sesuai untuk semua, tentang kelajuan yang diperlukan kerana kita semua menggunakan internet untuk perkara yang berbeza di mana sesetengahnya memerlukan kelajuan yang lebih pantas daripada yang lain.

Contoh mudah, sekeluarga yang terdiri daripada empat orang mungkin memerlukan kelajuan yang jauh lebih tinggi daripada pengguna tunggal.

Namun begitu, secara praktikal kelajuan muat turun yang baik ialah sekurang-kurangnya 100 Mbps dan kelajuan muat naik pula adalah 10 Mbps yang dianggap secara umum sebagai cukup pantas untuk mengendalikan hampir sebarang aktiviti dalam talian.

Pada kelajuan 100 Mbps anda boleh menstrim video definisi tinggi (HD) 4K pada beberapa peranti, memuat turun fail besar untuk kerja atau menstrim permainan HD pada berbilang komputer riba atau telefon pintar di rumah yang sama.

Rajah di bawah memberikan gambaran keseluruhan kelajuan yang disyorkan untuk beberapa aktiviti dalam talian yang biasa dilakukan. (Rujuk paras garisan dalam rajah untuk kelajuan muat turun/naik)

Internet 1Gbps Masih Tak Cukup? Ini Mungkin Kelajuan Internet Sebenar Yang Anda Perlu
image3 copy
image3 copy 2

Jadi, berapa kelajuan yang sesuai untuk anda?

Apabila memikirkan keperluan kelajuan anda sendiri, penting untuk mempertimbangkan cara rangkaian anda akan digunakan dan bilangan orang yang akan menggunakannya.

Anda mungkin tidak memerlukan kelajuan sehingga 1Gbps jika sekadar untuk melayari laman sesawang.

Tetapi bagi mereka yang bekerja dari rumah atau mempunyai berbilang orang menggunakan sambungan yang sama, anda akan memerlukan kelajuan yang lebih pantas.

Ia juga penting untuk diingatkan bahawa penggunaan internet adalah terkumpul.

Malah, bilangan peranti yang disambungkan ke penghala anda mungkin merupakan faktor paling penting dalam menentukan tahap kelajuan yang diperlukan oleh isi rumah anda.

Di seluruh dunia, peranti sentiasa ditambahkan ke rumah, dan setiap peranti tersebut akan menggunakan sekurang-kurangnya sebahagian daripada kelajuan dan jalur lebar rangkaian anda.

Menurut firma rangkaian Cisco, setiap orang di A.S. akan mempunyai 13.6 peranti yang disambungkan menjelang 2023, dan bilangan peranti yang disambungkan di seluruh dunia akan melebihi tiga kali ganda daripada populasi global menjelang tahun 2024 ini.

Lihat imej di bawah yang menunjukkan perkara yang boleh anda lakukan dalam talian pada pelbagai kelajuan, bersama-sama dengan bilangan peranti yang boleh disokong.

speed-chart 1
speed-chart 2
speed-chart 3
speed-chart 4
speed-chart 5
speed-chart 6

Untuk memudahkan anda melihat sama ada kelajuan internet anda sudah cukup pantas atau tidak untuk anda dan isi rumah, anda boleh jalankan Speedtest® dengan komputer atau telefon pintar anda dengan memuat turun aplikasi Speedtest secara percuma untuk Android iOS, serta platform lain.

Internet 1Gbps Masih Tak Cukup? Ini Mungkin Kelajuan Internet Sebenar Yang Anda Perlu

Tidak cukup pantas?

Jika Speedtest anda menunjukkan bahawa sambungan internet mudah alih anda tidak sepantas yang anda perlukan pada telefon pintar anda, cuba tutup mana-mana aplikasi atau pelayar yang aktif di latar belakang yang boleh melambatkan ujian.

Atau anda juga disyorkan memulakan semula (restart) telefon anda jika kelajuan anda masih perlahan.

Jika anda menggunakan desktop atau komputer riba, semak jika anda menjalankan sebarang muat turun/naik.

Tutup program tersebut dan uji semula. Jika kelajuan anda masih rendah, mulakan semula komputer, modem dan penghala anda.

Anda juga boleh semak Speedtest Performance Directory™ untuk melihat bagaimana kelajuan anda bertindan dengan pengalaman kebanyakan pengguna di kawasan anda.

Berkaitan

  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750

Sumber: Speedtest

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY