Kelajuan 5G Pada Siri Galaxy S24 Dan iPhone 15 Tidak Banyak Beza

Berdasarkan laporan Ookla tentang perbandingan kelajuan 5G antara telefon pintar siri Samsung Galaxy S24 dan Apple iPhone 15 didapati bahawa perbezaan kelajuan antara 2 siri peranti itu adalah agak kecil di beberapa negara yang dianalisis.

5G iPhone 15 dan Galaxy S24 bersaing sengit


Menurut Ookla, siri Galaxy S24 merekodkan kependaman (latency) berbilang pelayan median 5G terendah di 10 daripada 15 negara, manakala peranti iPhone 15 menawarkan kependaman median 5G tertinggi dalam 10 pasaran.

Siri Galaxy S24 juga mengalami kelajuan muat naik 5G median terpantas di 13 daripada 15 negara yang diperiksa.

Walau bagaimanapun, kelajuan muat naik pada peranti itu didapati jauh lebih perlahan daripada kelajuan muat turun 5G, antara 11.83Mbps hingga 66.52Mbps, dengan kelajuan muat naik 5G median sebanyak 50Mbps atau prestasi yang lebih baik hanya ditemui di tiga buah negara sahaja iaitu di Korea Selatan, Qatar dan U.A.E.


Siri Galaxy S24 terpantas di Thailand dan UK


Tetapi jika anda berada di Thailand atau UK, Galaxy S24 adalah pilihan terbaik kerana peranti itu masing-masing menyampaikan kelajuan muat turun 5G median terpantas selaju 171.27Mbps dan 156.71Mbps dalam 2 pasaran itu.

Siri Galaxy S24 juga menawarkan kependaman (latency) berbilang pelayan 5G median terendah di Thailand pada 32.46 ms.

Siri iPhone 15 pula menyediakan kelajuan muat turun 5G median kedua terpantas di pasaran Thailand pada 147.53Mbps.


iPhone 15 cemerlang di Indonesia


Tetapi berbeza di Indonesia, Ookla mendapati, siri iPhone 15 cemerlang di pasaran negara itu yang mencapai kelajuan muat turun 5G median tertinggi iaitu 80.49 Mbps, hampir 25Mbps lebih pantas daripada Galaxy S24.


Perbezaan modem 5G


Sebagai perbandingan, Siri Galaxy S24 menggunakan modem Snapdragon X75 5G, model S23 mempunyai modem Qualcomm Snapdragon X70, manakala model S22 mempunyai modem Qualcomm Snapdragon X65.



Sementara semua peranti dalam siri Apple iPhone 15 pula menggunakan modem 5G Qualcomm Snapdragon X70.

Faktor lain


Penting juga untuk diingatkan bahawa, metrik prestasi peranti boleh berbeza dengan ketara dari satu negara ke negara lain.

Faktor seperti pelaburan kerajaan dan pengendali mudah alih dalam infrastruktur 5G, peruntukan spektrum dan tahap penggunaan rangkaian 5G semuanya menyumbang kepada variasi ini.

{suggest}

Sumber: Ookla

Berkaitan