Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
crash detection iphone 14 pro

Kasi Langgar, ‘Youtuber’ Cuba Sendiri Keberkesanan Crash Detection

Diterbitkan September 27, 2022 · Dikemas kini September 27, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Siri iPhone 14 mungkin bukan barisan yang membawakan lambakan inovasi selain daripada Dynamic Island.

Salah-satu ciri ekslusif pada siri Pro kali ini ialah Crash Detection di mana iPhone 14 Pro/Pro Max akan menghubungi talian kecemasan apabila ia mengesan pengguna terlibat dalam kemalangan.

Saluran TechRax di Youtube mengambil inisiatif mencuba ciri ini dengan ‘melibatkan’ sebuah iPhone 14 Pro dalam beberapa kemalangan.

Mereka mencubanya di tanah yang lapang dan kereta yang dipandu menggunakan kawalan jauh tanpa manusia di dalamnya.

Does the iPhone 14 Pro Crash Detection Actually Work_ – Car Accident Experiment 3-10 screenshot

Sebelum betul-betul mengujinya, mereka menggunakan lebih banyak masa menyelaraskan kereta dan laluannya untuk pastikan ia betul-betul melanggar kereta. Ini kerana ia tidak dipandu tetapi dikawal dari jauh.

crash detection test kemalangan (4)

Hasilnya, ciri Crash Detection ini memang berfungsi. Namun, ia menunggu sekitar 10 saat selepas kemalangan untuk ia keluar paparan Crash Detection.

crash detection test kemalangan (5)

Apabila ia mengesan kemalangan, iPhone akan keluarkan paparan dengan tulisan “It looks like you’ve been in a crash” bersama bunyi amaran.

Ia akan berikan masa 10 saat untuk pengguna batalkan panggilan kecemasan yang dibuat secara automatik.

crash detection test kemalangan (7)

Ini bermakna, jika pengguna tidak berbuat apa-apa dalam tempoh itu, maka telefon akan terus menghubungi talian kecemasan untuk melaporkan kejadian tersebut.

crash detection test kemalangan (2)

Ciri pengesanan kemalangan ini bukan hanya untuk siri iPhone 14 tetapi juga kesemua produk Apple Watch yang dilancarkan tahun ini iaitu Series 8, SE 2 dan Ultra.

Sumber: TechRax

Berkaitan

  • Anak Steve Jobs 'Sindir' Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Guna 'Point' Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • 'Dynamic Island' Tersedia Untuk Peranti Android, Boleh Dimuat Turun Melalui Play Store

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY