Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iphone 14 grab

Guna ‘Point’ Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max

Diterbitkan September 19, 2022 · Dikemas kini September 19, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Berita ini pastinya membuat ramai terbeliak. Seorang rakyat Malaysia berjaya memanfaatkan mata dikumpulnya melalui GrabPay untuk membeli iPhone 14 Pro Max.

Lelaki dengan nama akaun 黄志耀 berkongsi tangkap layar menunjukkan dia memilih iPhone 14 Pro Max dengan storan 256GB berwarna Deep Purple tapi berbelanja sekitar RM800 saja.

May be an image of phone, screen and text that says '14:08 完成 machines.com.my 大小 machines SIGN UP MACHINES+ TODAY! FindStoe Cart iPhone 14 Pro Max Capacity: 256GB Color: Phone 14 Pro Max Deep Purple Pre-Order-Item: Delivery or Store Pick-Up from 30 Sep onwards RM6,299.00 Remove Order note Subtotal Free Shipping Voucher RM6, 299.00 299. Claim now If you're eligible:'

Mengikut harga rasmi, model tersebut dijual pada harga RM6,299.

Namun, dia berjaya jimat sebanyak RM5,415.70 kerana menggunakan mata GrabPay sebanyak 893, 590 point. Ya, hampir sejuta mata dikumpul lelaki ini, entah sejak bila dimulakannya.

Akhirnya, dia hanya perlu berbelanja sebanyak RM883.30 untuk dapatkan iPhone terbaru itu.

May be an image of text that says '13:54 pay.grab.com/v2/ X Grab Machines Total RM 883.30 You'll earn 1325 points Purchases Save using 893590 points RM6,299.00 -RM5,415.70 You will pay RM883.30 Want to save more? Top up to continue payment Top-up with Edit Amount Top-up total RM725.41 RM725.41 Confirm Top-Up By continuing, you have read and agree to the GrabPay Terms and Conditions.'

Dengan mata sebanyak itu, netizen berpendapat pemilik akaun Grab tersebut merupakan pemegang akaun Platinum yang membenarkan ia mendapat mata berganda berbanding pengguna biasa.

Dengan mata GrabRewards sebanyak lelaki ini, netizen mencongak-congak berapakah perbelanjaannya selama ini.

Guna ‘Point’ Grab, Lelaki Ini Hanya Bayar ~RM800 Untuk Beli iPhone 14 Pro Max

Boleh dikatakan dia memang pengguna yang sangat aktif dan mungkin menggunakan kad kredit Maybank Grab kerana sangat sukar seorang pengguna biasa mendapat jumlah yang sama.

Netizen berpendapat yang lelaki ini sebenarnya sudah menghabiskan wang berkali ganda banyak berbanding harga iPhone 14 Pro Max sendiri.

Untuk makluman, Grab sudah melaksanakan sistem ganjaran baharu bermula Julai lepas di mana ganjaran berganda hanya untuk pelanggan GrabUnlimited.

Sumber: World of Buzz

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Cara Beli Tiket Bas Dan Feri Guna Aplikasi Grab
  • Pengguna Merungut Tambang Grab Mahal, Ini Jawapan Pemandu Grab
  • Xiaomi Malaysia Bawa Masuk Pembesar Suara 'Boleh Gabung', TV Dan 'Air Fryer'
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Mahu Jadi Pemandu Sepenuh Masa? airasia ride Kata "Mari"
  • "Pesaing Kami Hukum Pemandu, Tapi Kami Beri Ganjaran Jika Mereka Berprestasi Baik" - Tony Fernandes
  • Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Guna Radio Ericsson Ultra-Ringan Dalam Pelaksanaan 5G

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY