Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
bateri iphone

Ini Senarai Kapasiti Bateri Yang Dimuatkan Dalam Siri iPhone 13

Diterbitkan September 20, 2021 · Dikemas kini September 20, 2021 oleh ariff bukhari

Pada pelancaran iPhone 13 minggu lalu, Apple menyatakan bahawa iPhone 13 mampu beroperasi lebih lama berbanding model sebelumnya iaitu iPhone 12.

Apple mendakwa, keupayaan bateri iPhone 13 meningkat sehingga mampu bertahan 2.5 jam lebih lama dari model iPhone 12.

Bateri iPhone 13 mini pula mampu bertahan sehingga 1.5 jam.

Begitu juga dengan bateri iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max juga masing-masing mampu bertahan sehingga 1.5 jam dan 2.5 jam lebih lama berbanding iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.

Seperti biasa Apple tidak mendedahkan kapasiti bateri yang dimuatkan dalam iPhone mereka.

Screenshot 2021-09-20 at 23.07.38

Tetapi berdasarkan kepada pemfailan di laman Chemtrec, model iPhone 13 mini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 2,438mAh.

Model iPhone 13 pula dimuatkan dengan bateri berkaapsiti 3,240mAh. iPhone 13 Pro pula dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,125mAh.

Manakala iPhone 13 Pro Max pula menggunakan bateri berkapasiti 4,373mAh.

Kesemua model iPhone 13 ini menyokong pengecasan pantas di mana Apple mendakwa bateri iPhone-iPhone tersebut mampu dicas sehingga pada kapasiti 50% dalam masa sekitar 30 minit dengan menggunakan pengecas 20W atau lebih tinggi.

Pengecas iPhone 20W USB-C perlu dibeli secara berasingan. yang berharga RM99.00.

Sumber: GSM Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY