Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kantin Sekolah Uji Sistem Bayaran Tanpa Tunai

Kantin Sekolah Uji Sistem Bayaran Tanpa Tunai

Diterbitkan Mac 26, 2018 oleh Helmi Samsuri

Sistem bayaran tanpa tunai dilihat semakin mendapat tempat di dalam negara kerana ia dapat memudahkan pengguna ketika berbelanja.

Peniaga-peniaga sudah mula melengkapi rangkaian kedai mereka dengan sistem tersebut dan terbaru, beberapa kantin sekolah dilapor sedang menguji sistem bayaran tanpa tunai itu.

Memetik berita dari The Star Online, ketika ini, Kementerian Pendidikan Malaysia berada dalam fasa ujian terhadap sistem berkenaan dibeberapa kantin sekolah terpilih yang tidak didedahkan namanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengatakan bahawa tidak lama lagi, kantin di sekolah bakal mengadaptasi kaedah pembayaran tanpa tunai sekiranya projek perintis menggunakan kad debit berjaya.

Selain itu, ujian yang sedang dijalankan ini mengambil kira beberapa aspek dan salah satunya adalah jumlah terminal tanpa tunai yang sesuai diletakkan berikutan tempoh rehat yang agak pendek.

Sumber: The Star Online

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY