Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Facebok auto translate RTM

Kandungan Facebook RTM Disalah “Auto-Translate” Oleh Sistem Meta

Diterbitkan Julai 22, 2024 · Dikemas kini Julai 22, 2024 oleh Amalina Athman

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membuat laporan polis susulan tular dakwaan ucapan takziah sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17.

RTM menegaskan pihaknya tidak memuat naik sebarang kandungan berbentuk demikian. Sebaliknya, ia merupakan terjemahan secara automatik (auto-translate) daripada sistem Facebook.

Jika pengguna mengaktifkan terjemahan secara automatik, maka terjemahan bahasa Inggeris akan muncul. Terjemahan bahasa Inggeris oleh sistem Facebook adalah salah.

Lanjutan itu, pihak RTM telah membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga telah menghubungi Meta berkaitan isu berkenaan.

Meta turut mengesahkan bahawa pihaknya telah membetulkan masalah tersebut.

rtm translate facebook
Terjemahan Facebook telah diperbetulkan
rtm facebook
Hantaran asal dalam Bahasa Melayu.
auto translate FB salah_1
Terjemahan Facebook yang salah

 

Sementara itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dalam Facebook rasmi beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang menuduh RTM membuat hantaran jelik dalam bahasa Inggeris.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • MCMC Dan PDRM Akan Teliti SOP Mudahkan Buat Aduan Buli Siber

Sumber: Radio Televisyen Malaysia, Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY