Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kamera OnePlus 8 Pro Mengatasi Galaxy S20 Dan iPhone 11 Pro Max – DxOMark

Kamera OnePlus 8 Pro Mengatasi Galaxy S20 Dan iPhone 11 Pro Max – DxOMark

Diterbitkan Jun 6, 2020 · Dikemas kini Jun 6, 2020 oleh ariff bukhari

iPhone 11 Pro Max jatuh ke tangga 12.

Pihak DXOMark telah mengeluarkan keputusan prestasi bagi telefon pintar flagship Android terbaru dari OnePlus iaitu OnePlus 8 Pro.

Hasil dari ujian mereka, DXOMark memberikan skor pada kamera OnePlus 8 Pro sebanyak 119 markah.

Ia sekaligus meletakkan kedudukan prestasi kamera peranti itu di tangga ke-10 ketika ini yang turut mengatasi prestasi kamera telefon pintar Samsung Galaxy S20+ dan Apple iPhone 11 Pro Max.

DXOMark menyimpulkan kamera OnePlus 8 Pro adalah baik dari segi perincian imej, pantas dan memberikan warna yang tepat.

“…the primary camera is particularly good, thanks to excellent exposure and color, high detail, and well-controlled noise.” DXOMark.

Keputusan baru ini juga sekaligus meletakkan GalaxyS20 dan iPhone 11 Pro Max masing-masing jatuh satu anak tangga dari kedudukan sebelum ini.

OnePlus 8 Pro sudah mula berada di pasaran Malaysia sejak bulan April lalu menerusi 2 varian iaitu 8GB/128GB yang berharga RM3,699. Manakala varian 12GB/256GB pula dijual pada harga RM 4,099.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY