Siri OnePlus 8 Dijual Di Malaysia Bermula RM 2899, OnePlus 8 Pro Dari RM 3699

Dilancarkan secara global pada 15 April lalu, pihak OnePlus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran siri OnePlus 8 untuk pasaran tempatan.

Melalui harga jualan rasminya, boleh dikatakan ia sangat kompetitif dengan harga siri Xiaomi Mi 10 yang juga baru sahaja rasmi di Malaysia.

Mengenai model yang diperkenalkan, OnePlus Malaysia membawa kedua-dua model OnePlus 8 dan OnePlus 8 Pro berserta pilihan memori yang bervariasi.

OnePlus 8


Untuk OnePlus 8, ia dijual bermula RM 2,899 untuk model 8GB/12GB. Manakala varian 12GB/256GB pula berharga RM 3,299.



Dari segi pilihan warna, untuk OnePlus 8 kelihatannya tiada warna Interstellar Glow. Pembeli hanya boleh memilih antara Onyx Black dan Glacial Green sahaja.

OnePlus 8 Pro


OnePlus 8 Pro juga turut dijual dalam 2 varian iaitu 8GB/128GB pada harga RM 3,699. Model dengan memori lebih mewah 12GB/256GB pula dijual berharga RM 4,099.



Pilihan warna OnePlus 8 Pro pula adalah antara Ultramarine Blue dan Onyx Black.

Pra-tempahan boleh dilakukan di kedai atas talian Lazada menerusi kedai rasmi OnePlus Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, di Shopee masih belum lagi disenaraikan peranti tersebut. Dengan setiap pembelian, pengguna akan mendapat pek hadiah Pop Up dari OnePlus yang mengandungi aksesori seperti kerangka dan juga waranti peranti selama 2 tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai pembelian peranti, anda boleh ke laman rasmi OnePlus Malaysia.

Pautan Pembelian:
- OnePlus 8
- OnePlus 8 Pro

Berkaitan