Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
lenovo c55

Bukan Laptop, Lenovo Kini Ada Kamera Kompak Sendiri

Diterbitkan Jun 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Walaupun lebih dikenali sebagai pengeluar komputer dan peranti pintar, Lenovo kini mengejutkan pasaran dengan pengenalan kamera kompak pertamanya, Lenovo C55. Direka untuk vlogging, kamera ini tampil dengan harga mampu milik dan saiz yang sangat kompak.

Lenovo C55 hadir dengan badan plastik berkilat, skrin LCD 2.8 inci dan pelbagai mod rakaman seperti gambar, video 4K, timelapse, gerak perlahan dan rakaman berterusan. Ia juga menyertakan cahaya O-ring yang terbina, memudahkan rakaman tanpa perlu peralatan pencahayaan tambahan.

lenovo camera

Dari segi teknikal, kamera ini menggunakan sensor 64MP Sony CMOS 1/3 inci dengan julat ISO antara 100 hingga 6400, walaupun butiran lanjut seperti panjang fokus dan ciri kamera depan belakang masih samar.

Kamera ini turut menawarkan penstabilan imej elektronik dan 18x zum digital.

Lenovo C55 buat masa sekarang hanya dijual di China dengan dua pilihan storan, 64GB (CNY499/~RM294) dan 128GB (CNY559/~RM330). Sama ada ia dibangunkan sendiri oleh Lenovo atau sekadar produk berlesen masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, langkah ini menunjukkan kemungkinan Lenovo sedang menguji pasaran kamera bajet, terutamanya dalam segmen kandungan kreatif dan vlogging.

Berkaitan

  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Kamera Minimalis Sigma BF Dijual Pada Harga Bermula RM9,688
  • Kamera Half-Frame Kembali, Kali Ini Dalam Bentuk Digital — Ini Fujifilm X half, RM3,398

Sumber: notebookcheck

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY