Syarikat teknologi terkemuka Apple Inc. dijangka akan berhenti menggunakan cip pemprosesan dari syarikat Intel untuk computer keluaran mereka, Mac seawal tahun 2020. Ini kerana mereka kini dalam proses untuk membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri, dakwa Bloomberg. Sebagai permulaan, cip ini mungkin akan digunakan pada model komputer riba mereka, Macbook. Apple merancang untuk menggunakan cip ini dengan lebih meluas ke atas produk keluaran mereka yang lain seperti iPhone dan iPad pada masa akan datang.
Perkara ini sememangnya agak tidak menarik untuk didengari oleh pihak Intel Corp. kerana menurut analisis yang dibuat oleh Bloomberg, Apple Inc sendiri telah menyumbang kira-kira 5% dari keseluruhan pendapatan tahunan buat Intel. Kerjasama antara kedua-dua syarikat gergasi ini telah terjalin sekian lama dan hasil kerjasama inilah Apple berjaya menyelamatkan status produk mereka, Mac dan menaikkan nama Intel sebagai pengeluar cip komputer terkemuka di dunia.
Produk keluaran Apple pada hari ini seperti iPhone, iPad, Apple Watch dan Apple TV telah menggunakan cip yang direka oleh mereka dan Arm Holding Plc. Dengan pembangunan cip terbaru dari Apple ini, mereka mensasarkan untuk dapat mempercepatkan pengeluaran produk baru mereka tanpa perlu menunggu Intel untuk menghasilkan cip pemprosesan baru terlebih dahulu.
Menurut sumber, projek terbaru Apple yang dinamakan ‘Kalamata’ ini masih lagi di peringkat awal pembangunan. Kejayaan atau kegagalan projek ini masih sukar diramal dan hanya akan diketahui dalam masa satu ke dua tahun lagi. Yang pasti, Apple Inc sudah mempunyai perancangan tersendiri untuk terus mengorak langkah bagi menguasai industri teknologi dunia.
Sumber
Berkaitan
- Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
- Tambah Nilai Prabayar Dikenakan SST 6% Bermula Esok
- Sokongan Dialek Kantonis Diperkenalkan Sebagai Pilihan Navigasi Suara Baru Waze
- Youtube Red kini boleh dilanggan oleh rakyat Mexico
- 10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu
- Youtube Premium & Youtube Music Sudah Boleh Dilanggan #BuletinGajet
- Samsung Umum Galaxy A7(2018) Dengan Tri-Kamera Utama, Bakal Diperkenalkan 11 Oktober Ini
- Miss Potts Dikatakan Akan Muncul Sebagai Adiwira Baharu Dalam Avengers 4
- Samsung Dilihat Memberi Gambaran Paling Jelas Mengenai Telefon Boleh Lipatnya
- Gadjet Kecil Ini Menjadikan Telefon Pintar Anda Kamera Imej Thermal