Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Diterbitkan Julai 16, 2018 · Dikemas kini Julai 16, 2018 oleh Helmi Samsuri

Topik mengenai Android dan iOS merupakan satu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kiralah dari segi kehebatan sistem operasi hinggalah kepada prestasi perkakasan. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri.

Namun berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan sepanjang suku pertama tahun 2018, mendapati peranti Android mempunyai tahap masalah lebih tinggi berbanding pesaingnya, iOS.

Menurut laporan State of Mobile Device Repair & Security yang dikeluarkan oleh Blancco, sebuah syarikat sekuriti data, telefon pintar Samsung mempunyai kadar masalah keseluruhan tertinggi berbanding pengeluar lain dengan peratusan sebanyak 27.4%. Tempat kedua dan ketiga pula dihuni oleh Xiaomi dan Motorola dengan peratusan 14% dan 9.5%.

Laporan turut menyatakan prestasi keseluruhan Android adalah masalah terbesar dituruti dengan kamera, mikrofon serta pengecasan bateri.

Bagi iOS pula, iPhone 6 diletakkan sebagai model paling bermasalah diantara model-model iPhone yang lain. Faktor penyumbang kepada masalah iPhone 6 adalah disebabkan isu bateri serta kemaskini iOS 10.2.1 pada awal 2017 yang menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan pengguna.

Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS

Masalah yang kerap melanda peranti iOS pula ialah fungsi Bluetooth dan kemudiannya Wi-Fi, set kepala serta data mudah alih.

Kajian juga mengenalpasti 50% pengguna Android masih menjalankan Android Nougat pada peranti. Ia mungkin disebabkan pengguna masih menggunakan telefon pintar versi lama atau pengeluar yang tidak menawarkan kemaskini naik taraf kepada peranti.

Berbeza pula dengan iOS yang mana 74.3% pengguna sudah beralih kepada iOS 11 manakala 17.7% masih menjalankan iOS 10.

Maklumat tambahan lain, Blancco menjangkakan jumlah peranti second hand dan refurbished dipasaran mungkin meningkat berbanding peranti baru. Hal ini boleh dilihat dengan peningkatan sebanyak 13% sepanjang tahun 2017 dan ia berterusan dari tahun ke tahun.

Sumber: Blancco

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY