Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2020-10-22 at 10.31.33 PM

Kaca Mata Pintar Huawei EyeWear II X Gentle Monster Diperkenalkan

Diterbitkan Oktober 22, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sewaktu melancarkan siri Huawei P30 tahun lalu, Huawei turut sama menampilkan kaca mata pintar dikenali sebagai Huawei EyeWear. Model penerusnya iaitu Huawei EyeWear II pula muncul pertama kali Ogos yang lalu di China dan kini rasmi untuk pasaran global.

Huawei Eyewear II Gentle-Monster

Seperti sebelumnya, ia merupakan hasil kolaborasi bersama jenama kaca mata popular Korea Selatan, Gentle Monster. Menerusi penawaran terbaharu ini, ia hadir dengan rekaan lebih nipis, lebih ringan serta bekas simpanan yang direka semula.

Antara tambah baik yang dibawa kali ini adalah dua mikrofon dengan pengurangan hingar serta saiz lebih besar untuk meningkatkan lagi kejelasan audio.

Ciri sentuhan berada pada tangkai kaca mata pintar, yang membolehkan pengguna menjawab atau mematikan panggilan suara, mengaktifkan arahan suara serta mengawal muzik.

Huawei menjanjikan tempoh penggunaan 5 jam untuk putaran muzik bagi satu pengecasan penuh. Ia bakal dijual di Eropah pada harga €299, sama seperti harga jualan Huawei FreeBuds Studio.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY