Kebanyakkan orang mengganggap perlakuan bermain telefon ketika sedang berbual dengan orang lain adalah kurang sopan. Melihat kepada perkara itu, satu prototaip kaca mata telah dibangunkan supaya pengguna dapat mengawal peranti mudah alih tanpa perlu kelihatan biadab dimata awam.
Kaca mata ini dilengkapi dengan sistem sensor Eyeboard Electrooculography (EOG) yang mana ia mengukur potensi elektrik yang dihasilkan pada kulit dikawasan hidung.
Sensor yang terletak pada penyambung bingkai kaca mata itu telah dilatih untuk melaksanakan arahan berdasarkan sentuhan hidung yang pelbagai seperti menolak hidung kekiri, kekanan, menggosok hidung dan banyak lagi.
Setiap sentuhan akan menghasilkan kawalan yang berbeza dan ia mirip seperti fungsi Google Glass, tetapi berbezanya adalah kaca mata ini menggunakan gerakan dari hidung.
Sistem yang dikenali dengan nama ItchyNose ini masih mempunyai beberapa kekangan, seperti contoh sensor tidak dapat membezakan gerakan itu bertujuan untuk mengawal peranti ataupun sekadar menghilangkan kegatalan hidung si pemakai.
https://www.youtube.com/watch?time_continue=54&v=IQ_LkPM_GHs
Sumber: The Verge
Berkaitan
- CCleaner Digodam, Dikhuatiri Memberi Kesan Kepada Lebih 2 Juta Pengguna
- MySejahtera Bakal Tambah Ciri Khusus Untuk Ibu Hamil
- Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain
- Maxis Tambah Data 10GB Kepada Pelan MaxisONE
- Telefon vivo Sedia Dipasarkan Di 50 Buah Negara
- Cungkil Bakat Pelajar Dalam Bidang Teknologi Digital - Gobind
- Dell Keluarkan Monitor 24 Inci Khas Untuk Permainan Video
- Twitter Kini Berwajah Baru
- Apple Dikatakan Bakal Hadir Dengan Tiga iPhone 2019, Salah Satunya Mempunyai 3 Kamera Belakang
- Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up