Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CCleaner Digodam, Dikhuatiri Memberi Kesan Kepada Lebih 2 Juta Pengguna

CCleaner Digodam, Dikhuatiri Memberi Kesan Kepada Lebih 2 Juta Pengguna

Diterbitkan September 18, 2017 ยท Dikemas kini September 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Perisian mengoptimumkan prestasi komputer, CCleaner, yang dibangunkan oleh Piriform, telah dilaporkan berjaya digodam bulan lepas. Berikutan kejadian itu, syarikat menyatakan bahawa pengodam berpotensi mengawal peranti lebih 2 juta pengguna.

Dipercayai satu program hasad telah berjaya menembusi perisian yang popular dimuat turun oleh pengguna komputer mahupun telefon pintar.

Memetik laporan rasmi dari Piriform, didapati dua versi CCleaner yang dikeluarkan pada bulan Ogos lalu telah digodam dan ianya dimuat turun sebanyak 2.72 juta pengguna. Versi yang disebutkan itu adalah…

  1. CCleaner v5.33.6162
  2. CCleaner Cloud v1.07.3191

Hal ini telah berjaya dikenalpasti oleh Avast yang juga merupakan syarikat induk kepada Piriform setelah dibeli Julai lepas.

Program hasad itu diprogramkan untuk mengumpul maklumat pengguna seperti…

  • Nama komputer
  • Senariai perisian yang dipasang, termasuk kemaskini Windows
  • Senarai proses yang sedang beroperasi
  • MAC Address pada 3 adapter rangkaian terawal

Bagi anda yang memuat turun CCleaner pada bulan Ogos bolehlah memadamkannya dan memuat turun versi baru.

Sumber: Piriform

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY