MySejahtera Bakal Tambah Ciri Khusus Untuk Ibu Hamil

Perang kita melawan Covid-19 masih belum berakhir. Setakat hari ini, kes positif harian wabak berbahaya ini sudah mencatat angka 7289 sekaligus menjadikan kes keseluruhan dalam negara lebih dari 525,000 kes.

Bagi menambahbaik ciri serta fungsi sedia ada aplikasi MySejahtera, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), YB Khairy Jamaludin mengumumkan satu ciri baru akan diperkenalkan.


Ciri tersebut ditambah untuk dua golongan pengguna iaitu ibu mengandung dan ibu menyusu. Ia bertujuan memudahkan janji temu suntikan vaksin diberikan kepada mereka mengikut jenis vaksin yang disyorkan.

Turut dinyatakan contoh vaksin yang disyorkan untuk ibu hamil antara tempoh 14 hingga 33 minggu adalah Pfizer. Ciri ini bakal dimuatkan pada aplikasi MySejahtera pada penghujung minggu ini.

Baca juga - Had Masa Anda Di Dalam Kompleks Beli Belah Dipantau Aplikasi MySejahtera

Dalam pada itu, berkenaan dengan pendaftaran vaksin AstraZeneca, tempahan janji temu vaksin ini akan dibuka pada 26 Mei 2021 (Rabu) bermula jam 12 tengah hari.


Ia terbuka kepada individu berusia 18 tahun keatas yang berada di Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sarawak dan Selangor. Tempahan ini dijalankan berdasarkan first come first served.

Tempahan vaksin AstraZeneca boleh dibuat pada pautan ini - https://www.vaksincovid.gov.my/astrazeneca/