Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo v30 pro

Jualan vivo V30 Pro Di Malaysia Melonjak Lebih Daripada 37%

Diterbitkan April 8, 2024 · Dikemas kini April 8, 2024 oleh ariff bukhari

vivo secara rasminya telah pun melancarkan siri telefon pintar pertengahan terbaru mereka untuk pasaran Malaysia, siri vivo V30.

Turut ditawar dalam edisi V30 Pro, vivo Malaysia dengan bangganya memaklumkan, sejak jualan pertamanya pada 30 Mac 2024, V30 Pro dengan pantas berjaya mendapat perhatian peminat telefon pintar di mana jualan model telefon pintar mereka itu telah melonjak lebih daripada 37% berbanding model sebelumnya.

vivo V30 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8200 yang diganding dengan 12GB RAM LPDDR5X dan 512GB storan UFS 3.1.

Ia juga menjalankan Funtouch OS 14 yang berasaskan Android 14.

Paparannya pula menggunakan skrin AMOLED 6.78 inci dengan resolusi (2800 x 1260) dan kadar segar semula 60Hz – 120Hz. Puncak kecerahan pula boleh mencapai sehingga 2,800 nits.

Mengutamakan kualiti foto terbaik, ciri vivo V30 Pro  dilengkapi kamera utama Zeiss 50MP dan teknologi Aura Light 3.0 dan 50MP kamera swafoto.

vivo V30 Pro Price

vivo kini sedang menawarkan V30 Pro hanya pada harga RM2,599 sahaja, lengkap dengan hadiah eksklusif bernilai RM498.

Hadiah ini termasuklah fon telinga vivo TWS 3e dan perlindungan skrin selama 180 hari.

Beli siri vivo V30 di:

Shopee – https://invl.io/clkurvs
Lazada – https://invol.co/clkurvw

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Siri Redmi Note 13, Ciri 'Flagship' Kini Ada Pada 'Midrange'
  • Bajet RM700 Pun, Telefon Ini Mampu Puaskan Nafsu 'Gaming' Anda
  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari

Sumber: Siaran media vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
©2026 WISER.MY