Jualan PlayStation 11.11 - PS4 Pro Berharga RM1,399

Bagi gamer yang masih belum memiliki konsol, ini adalah peluang menarik untuk anda kerana Sony adakan jualan promosi PlayStation pada 11.11.



Jualan yang bernama PlayStation 11.11 Special Sale ini menawarkan beberapa produk PlayStation dengan harga yang murah serta tawaran diskaun sehingga RM400.

Berikut adalah produk yang ditawarkan:

  • PS4 Mega Pack Bundle - RM1,049

  • PS4 Pro God of War/The Last of Us Bundle - RM1,399

  • DualShock 4 Controller - RM179


Tawaran ini bermula 11 November ini sehingga 20 November. Walaupun hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum PS5 dilancarkan tetapi ini adalah peluang menarik.

Sekiranya anda mempunyai bajet yang terhad, memiliki PS4 adalah alternatif terbaik kerana konsol ini sekurang-kurangnya akan menyokong permainan setahun lagi.