Menurut laporan tersebut, penghantaran Mi Band 3 sepanjang 2018 telah mencecah angka 23.3 juta, menjadikan pegangan pasaran Xiaomi pada 13.5%. Kini sebagai penyambung, Mi Band 4 telah diperkenalkan dengan beberapa penambahbaikan berbanding edisi sebelumnya.
Seperti yang dijangka, model baru ini mendapat sambutan hangat di pasaran China dimana sebanyak 1 juta unit telah terjual dalam tempoh 8 hari ia ditawarkan. Difahamkan juga, penghantaran Mi Band 4 dalam masa satu jam ada yang mencecah 5000 unit dan ia merupakan kadar paling tinggi dicapai Xiaomi bagi segmen peranti boleh pakai.
Menawarkan ciri-ciri baik seperti paparan berwarna dan kuasa bateri lebih lama, Mi Band 4 menjadi tarikan utama pembeli adalah kerana tanda harganya yang cukup berpatutan.
Bagi peminat tempatan yang berminat untuk mendapatkan Mi Band 4, ia sudah mula dijual sejak 20 Jun lalu melalui Xiaomi Global Store di Shopee pada nilai RM 149.
Berkaitan
- Xiaomi Mi Mix 4 Rasmi Diperkenalkan, Telefon Pertama Xiaomi Dengan Kamera Bawah Paparan
- realme Malaysia Catat Nama Dalam The Malaysia Book of Records
- HONOR MagicBook 15 AMD Sudah Boleh Di Pra-Tempah Pada Harga RM2499
- Jam Tangan Pintar Huawei Dengan HarmonyOS Akan Tiba Di Malaysia Sabtu Ini
- Senarai Telefon Xiaomi Yang Akan Terima MIUI 12.5
- Lesen Sementara Huawei Untuk Berurusan Dengan Syarikat AS Dilanjutkan 45 Hari Lagi
- AirAsia Unlimited Pass Kini Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021
- Perkhidmatan Unifi Dan Maxis Fibre Mengalami Gangguan Di Beberapa Kawasan
- Boleh Miliki vivo X50 Pada Hanya RM59 Sebulan Dari Celcom
- Adakah Microsoft Akan Ikut Jejak Langkah Menyekat Huawei Dari Menggunakan Windows 10?