Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone XR Terima Harga Runtuh Di Jepun, Dijual Kurang Dari RM900

Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei

Diterbitkan Disember 28, 2019 · Dikemas kini Disember 28, 2019 oleh ariff bukhari

iPhone XR masih kekal sebagai telefon pintar paling popular setakat suku ke-3 2019.

Berdasarkan data dari laman Counterpoint Research, model telefon pintar dari Apple, iPhone XR masih kekal sebagai peranti paling popular setakat suku ke-3 2019.

Sekaligus menewaskan pelbagai model lain berkategori spesifikasi rendah, sederhana dan berprestasi tinggi dari pelbagai jenama termasuklah Oppo, Samsung, Xiaomi dan Huawei.

Jualan iPhone XR Menewaskan Oppo, Samsung, Xiaomi Dan Huawei
10 Model peranti dengan jualan tertinggi di seluruh dunia setakat suku ke-3 2019. Kredit: Counterpoint Research Market Pulse.

Pada November lalu, Apple mendakwa iPhone XR adalah iPhone yang paling popular “setiap hari sejak ia dilancarkan”.

Malah berdasarkan data oleh pihak Consumer Intelligence Research Partners(CIRP), iPhone XR adalah peranti paling popular bagi suku pertama 2019.

iPhne XR mula diperkenalkan pada Oktober 2018 lalu dan sejak itu ia menjadi peranti paling popular dari Apple.

iPhone XR adalah model yang paling asas ditawarkan Apple bagi barisan model iPhone. Ketika pertama kali diperkenalkan, iPhone XR berharga dari RM3,599.00. Tetapi kini ia berharga dari RM2,899.00.

Populariti model tersebut menyebabkan Apple masih menawarkan iPhone XR kepada pengguna sehingga kini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY