iPhone XR Kekal Model iPhone Paling Popular Pada Suku Pertama Tahun Ini

Tiga model iPhone berbeza telah dilancarkan dalam satu majlis yang dilangsungkan pada September tahun lalu iaitu iPhone XS, iPhone XS Max dan iPhone XR.

iPhone XS Max merupakan model paling premium manakala iPhone XR pula adalah model yang paling asas dan dijual dengan harga paling murah.

Kapsyen: Tiga model iPhone 2018(Dari kiri: iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR)


Mungkin atas alasan itulah menjadikan model tersebut sebagai iPhone paling popular sepanjang suku pertama tahun ini(Jan-Mac) di Amerika atau mungkin di seluruh dunia.

Ia dibuktikan menerusi satu kaji selidik yang dijalankan oleh pihak Consumer Intelligence Research Partners(CIRP), lapor MacRumors baru-baru ini.

iPhone XR juga dikatakan muncul sebagai iPhone yang paling popular di United Kingdom. Malah, Tim Cook juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ia adalah model paling popular sejak ia dilancarkan lagi.

 

Sumber: CIRP via MacRumors