Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jom Lihat Apa Aktiviti Peranti Pintar Yang Digemari Wanita Malaysia

Jom Lihat Apa Aktiviti Peranti Pintar Yang Digemari Wanita Malaysia

Diterbitkan September 25, 2018 oleh Helmi Samsuri

Telenor Group, yang juga pemilik 49% Digi.com Berhad telah berkongsi satu laporan kaji selidik mengenai aktiviti mudah alih yang digemari golongan wanita profesional di Malaysia.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Kantar TNS Norway itu adalah berdasarkan data yang dikutip dari Jun hingga Julai 2018 dan melibatkan 6 negara, Malaysia, Sweden, Norway, Thailand, Myanmar, serta Singapura.

Antara soalan-soalan yang dikemukan adalah “Apakah tiga perkara yang kerap dilakukan pada peranti?“.

Screen Shot 2018-09-25 at 12.06.13 PM

Berdasarkan data, wanita Malaysia paling gemar melayari media sosial seperti Facebook, Snapchat, Twitter, LinkedIN dan lain-lain. Selain itu, 46% wanita Malaysia kerap menggukan aplikasi pemesejan seperti WhatsApp, Messenger dan beberapa yang lain. Sebanyak 29% pula lebih suka membuat panggilan suara.

Screen Shot 2018-09-25 at 12.06.33 PMSoalan seperti situasi apakah yang membuatkan pengguna tidak akan membawa/mematikan telefon/mengaktifkan mod do-not-disturb juga ada diajukan.

Antara jawapan tertinggi adalah wanita Malaysia akan melakukan perkara diatas pada situasi perkahwinan, dan seterusnya ketika makan dengan rakan dan pada waktu malam di rumah.

Untuk laporan penuh boleh akses laporan yang dimuat naik oleh Malaysian Wireless – Tech Trends: Women | July 2018 Survey

Sumber: Malaysia Wireless

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY