Supercomputer ini bakal dicipta dalam usaha untuk melengkapkan pengeluar negara itu dengan platform penyelidikan yang boleh membantu mereka membangun dan menaik taraf teknologi kereta tanpa pemandu, robotik dan juga diagnostik perubatan.
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun akan membelanjakan bajet berjumlah 19.5 bilion yen yang mana ia adalah sebahagian polisi kerajaan negara itu untuk menaikkan semula nama Jepun dalam dunia teknologi. Nama Jepun semakin ketinggalan sejak beberapa tahun yang lepas dengan kehadiran kuasa-kuasa besar teknologi seperti Korea Selatan dan juga China.
Supercomputer adalah komputer berkapasiti pengiraan peringkat tinggi berbanding dengan komputer kegunaan umum. Prestasi supercomputer diukur dalam FLOPS (floating-point operation per second) dan bukan diukur dengan MIPS (million instruction per second). Sehingga Jun 2016, supercomputer terpantas didunia adalah Sunway TaihuLight yang dibina di tanah besar China dengan tanda aras direkodkan 93 FLOPS, melangkaui rekod 59 FLOPS sebelum ini yang dipegang Tianhe-2, juga buatan China.
Menurut laporan dari laman Gizmodo, Jepun mengumumkan tentang projek pembinaan supercomputer terpantas ini bertujuan menjadi peneraju dalam kemajuan teknologi. Jika semuanya mengikut apa yang dirancang, supercomputer ini berupaya membuat kiraan sebanyak 130 quadrilion per saat, lapor Reuters.
Sumber lain turut menyatakan, jurutera yang terlibat dalam projek itu akan membina mesin yang membuat kiraan 130 quadrilion per saat atau dalam bahasa saintifiknya 130 petaflops yang mana ia akan mengalahkan supercomputer dari China, Sunway TaihuLight yang berkelajuan 93 petaflops.
Kali terakhir Jepun mengungguli teknologi supercomputer adalah pada tahun 2011 apabila supercomputer Fujitsu K Computer berada di tangga pertama dunia dengan kelajuan 10.5 petaflops. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada 2018.
[embed]https://www.youtube.com/watch?v=e5IeA9pbgWQ[/embed]
Sumber: Reuters
Berkaitan
- Vivo NEX Akan Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia Pada 23 Julai
- Puas Hati Atau Tidak Dengan Kelajuan Internet? Luahkannya Dengan Undi Anda Di Sini
- 6 Telefon Pintar Paling “Padu” Dalam Pasaran.
- Mahkamah Di Rusia Tolak Rayuan Google Android
- Apple Dijangka Perkenalkan iPhone SE 2 Tahun Hadapan
- Cara Hantar Gambar Resolusi Tinggi Melalui WhatsApp
- Nokia Lanjutkan Tempoh Kemaskini Sekuriti Untuk Beberapa Model
- Habis Terjual Dalam Masa 5 Minit Sahaja, Promosi Honor 9 Lite Bakal Kembali 3 Petang Ini
- Dapatkan Zenfone 5Z Dengan Harga Diskaun Untuk Hari Ini Sahaja
- Vivo NEX 3 5G Diperkenalkan Dengan Paparan "Waterfall Screen FullView"