Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jepun Dilaporkan Bakal Bina Loji Jana Kuasa Nuklear Bawah Tanah, Mampu Beroperasi Sehingga 60 Tahun

Jepun Dilaporkan Bakal Bina Loji Jana Kuasa Nuklear Bawah Tanah, Mampu Beroperasi Sehingga 60 Tahun

Diterbitkan Disember 1, 2022 · Dikemas kini Disember 1, 2022 oleh ariff bukhari

Jepun dilaporkan sedang merancang untuk membina sebuah loji jana kuasa nuklear generasi baharu dengan  kemampuan beroperasi sehingga 60 tahun.

Pembinaan loji itu telah menarik minat beberapa pemain utama industri di Jepun seperti Mitsubishi Heavy Industries (MHI) dan Hitachi.

Menurut Ketua Bahagian Nuklear di MHI bernama Akihiko Kato, rekaan asas loji nuklear itu sudah 80% lengkap.

Loji 1,200-MW yang dirancang oleh MHI sebahagiannya dirancang akan dibina di bawah tanah untuk meminimumkan kerosakan akibat gempa bumi, nahas kapal terbang atau bencana lain.

Tetapi pada masa yang sama, loji yang akan dibina itu juga cukup tinggi untuk mengelakkan kerosakan akibat tsunami. Malah dinding luar bangunan akan dua kali lebih tebal daripada sebelumnya dan rangkaian komunikasi akan direka bentuk untuk mencegah serangan siber.

loji nuklear jepun
Ilustrasi loji jana kuasa nuklear baharu MHI. Kredit: Nikkei Asia

Kesan daripada insiden loji jana kuasa nuklear Fukushima yang dibadai tsunami dan gempa bumi pada 2011 dahulu, Jepun mengetatkan ciri keselamatan loji nuklear baharu mereka.

Earthquake and Tsunami damage-Dai Ichi Power Plant, Japan
Imej satelit menunjukkan kerosakan yang berlaku ke atas Loji Kuasa Nukelar Fukushima selepas dibadai gempa bumi dan tsunami, pada 16 Mac 2011.

Kedua-dua syarikat itu dikhabarkan sedang bersaing untuk membangunkan apa yang mereka panggil teknologi reaktor air ringan yang inovatif — loji dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan berdasarkan reaktor air ringan yang besar sedia ada.

Ciri utama reaktor air ringan ini ialah apa yang disebut Hitachi sebagai sistem penyejukan reaktor pasif, yang boleh berfungsi tanpa kuasa luaran sekiranya berlaku bencana.

Sistem ini menggunakan proses semula jadi untuk menyejukkan dan menghapuskan bahan toksik.

Contohnya, jika keruntuhan teras berlaku dan bahan api nuklear bocor melalui reaktor, penangkap teras akan dipasang di bawah reaktor supaya bahan api tidak bocor ke luar bangunan.

Walaupun gas radioaktif dalam reaktor perlu dilepaskan sebagai langkah terakhir untuk mengelakkan kerosakan reaktor, penapis ekzos direka untuk memecahkan bahan toksik kepada komponen yang lebih selamat.

Apa yang boleh disimpulkan adalah, pembangunan loji jana kuasa nuklear Jepun dengan teknologi baharu ini mengambil iktibar daripada insiden loji nuklear Fukushima.

Berkaitan

  • Sistem Kabel Dasar Laut Bermasalah, Indonesia Dan Beberapa Negara Lain Alami Gangguan Internet
  • Salah Faham Selesai, Apple Tak Pernah Bercadang Keluarkan Twitter Daripada App Store
  • Ikon VoLTE Pada MIUI 14 Diringkaskan Untuk Penggunaan 2 SIM

Sumber: Nikkei Asia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY