Jenayah Siber Pada 2018 Meningkat Hampir 2 Kali Ganda Berbanding 2017

Kes kecurian atau penyelewengan identiti meningkat ketara.


Menurut RAM Credit Information Sdn Bhd (Ramci), kes-kes kecurian identiti atau data peribadi didapati meningkat sebanyak 20 peratus kepada 446 kes pada tahun lepas berbanding 371 pada 2017.

Pendedahan tersebut dibuat berdasarkan apa yang dilaporkan kepada Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) tahun lalu. Menjadikan mangsa kecurian identiti yang mana kes berkaitan terbukti meningkat hampir dua kali ganda pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya.

Malah, kecurian identiti adalah antara lima kaedah jenayah kewangan dalam talian yang paling ketara berlaku sepanjang tahun lepas.

Kapsyen: Insiden jenayah siber mengikut kategori yang dilaporkan kepada MyCERT tahun lalu. Kredit: Cybersekurity


Jenayah siber lain yang turut berlaku adalah perbuatan 'phishing' atau mencuri maklumat penting dalam talian dengan menggunakan e-mel palsu, sistem pesanan ringkas (SMS) atau laman web; 'malware' atau virus bahaya yang bertujuan meneliti data dan merosakkan peranti; penggubahan wang haram - pemindahan dana diseleweng ke akaun tidak dikenali serta kaedah kad iaitu menggunakan kad kredit dicuri bagi tujuan dan aktiviti jahat.

Oleh itu, Ramci menasihati pengguna internet agar sentiasa berhati-hati apabila berkongsi sebarang maklumat peribadi menerusi dalam talian, termasuk di rangkaian media sosial.

Pengguna juga dinasihati supaya menggunakan kemudahan pengurus kata laluan bagi memastikan penyimpanan kata laluan secara selamat yang dikemaskini secara kerap.

Sumber: Bernama

Berkaitan