Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pakar Siber Sendiri Elak Bergantung Peranti Pintar, Ini Alasan Mereka

Pakar Siber Sendiri Elak Bergantung Peranti Pintar, Ini Alasan Mereka

Diterbitkan November 30, 2023 · Dikemas kini November 30, 2023 oleh ariff bukhari

Hampir semua peralatan rumah moden kini mempunyai beberapa jenis ciri pintar. Antaranya adalah seperti kamera pintar, kunci pintar pengawal suhu dan pencahayaan bilik pintar yang boleh dikawal dari jauh.

Malah peralatan dapur juga seperti ketuhar pintar dan peti sejuk juga kini dilengkapi ciri pintar yang membolehkan pengguna mengawal semua peranti itu yang kini menyokong ciri yang dikelas sebagai  Internet Benda (Internet of Things) atau singkatannya IoT.

Sungguhpun ia mungkin memudahkan pengguna mengakses dan mengawal kesemua peranti itu secara kawalan jauh yang memanfaatkan kecanggihan teknologi sekarang, tetapi, satu kumpulan pakar tertentu benar-benar tidak mahu menerima evolusi ini.

Sekumpulan pakar siber dari Sontiq (milik penuh syarikat TransUnion LLC) menyatakan, “Peranti IoT membuatkan saya gementar kerana ia mempunyai perisian tegar yang selalunya sudah lapuk atau mengandungi kelemahan yang tidak ditampal. Ia bukan sesuatu yang luar biasa peralatan rumah di senarai terbawah untuk ditampal atau dikemas kini.” Eder Ribeiro, pengurus kanan program keselamatan siber di Sontiq.

Seorang lagi pakar siber dari organisasi pertahanan berasaskan data di syarikat latihan kesedaran keselamatan KnowBe4 turut menyatakan perkara sama.

“Kebanyakan peranti IoT sangat boleh digodam, dan pengeluar tidak membuat usaha serius untuk melindungi peranti mereka daripada serangan,” Roger Grimes, KnowBe4.

Berkaitan

  • Pendaftaran Dan Tuntutan Kredit e-Tunai RM100 Dibuka Mulai Minggu Depan
  • Sebelum Tebus, Ini Yang Perlu Diketahui Mengenai Kredit e-Tunai eMADANI
  • Permainan GTA Akan Dilancar Dalam Aplikasi Netflix

Menurut pakar keselamatan siber ini, antara peranti rumah pintar yang mudah digodam termasuklah ketuhar gelombang mikro pintar, kamera keselamatan, kunci pintar dan peralatan pemanas pintar.

“Saya semestinya tidak mahu ketuhar saya disambungkan sehingga saya tahu dengan pasti bahawa tiada cara untuk penggodam menghidupkan ketuhar saya, memanaskannya pada suhu tinggi dan membiarkannya menyala. Begitu juga dengan pembakar roti,” Roger Grimes.

“Peranti ini boleh mencipta haba yang tinggi. Jika diakses oleh aktor jahat, keupayaan itu boleh menimbulkan risiko fizikal kepada rumah dan orang di dalamnya. Atau peranti sedemikian boleh digunakan oleh pembuli siber untuk mengganggu seseorang atau menaikkan bil utiliti mereka.” Eder Ribeiro.

Seorang lagi pakar keselamatan dari ReasonLabs pula menegaskan bahawa kamera mempunyai reputasi yang buruk untuk membocorkan maklumat sensitif peribadi dan lebih teruk lagi, ia boleh menjadi pintu masuk untuk penggodam.

Beliau memberi contoh, “…, pada 2020, lebih 50,000 kamera rumah telah digodam, menyebabkan rakaman itu disiarkan dalam talian,” Kobi Kalif, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama pembangun keselamatan siber ReasonLabs.

Jadi, bagi melindungi peranti-peranti pintar rumah ini daripada terdedah digodam, mereka mengesyorkan beberapa tips kepada pengguna .

Antaranya adalah elakkan daripada membeli peranti pintar dari jenama yang tidak dikenali dan murah.

“Pegang kepada jenama terkenal seperti Google dan Amazon yang akan mengemas kini peranti dengan protokol keselamatan terkini,” Chase Norlin, pakar keselamatan siber dan Pengasas eSure.AI.

Damir J. Brescic, CISO di Inversion6 menambah, “Jauhi peranti yang tidak mempunyai keupayaan penyulitan atau yang tidak mempunyai kemas kini perisian tegar atau tampung yang mungkin lebih berkemungkinan terjejas.”

Pengguna juga disyorkan membeli produk dari pengeluar yang memberi jaminan privasi, keselamatan dan kemas kini.

Atau akhir sekali, anda lakukan apa yang dilakukan oleh pro siber iaitu elakkan peranti pintar sama sekali jika benar-benar tidak memerlukannya dan matikan ciri yang tidak anda gunakan.

Sumber: Cybernews

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY