Jenama Audio 1MORE Kini Tiba Di Malaysia Secara Rasmi

1MORE merupakan slah satu syarikat pengeluar audio yang popular. Kini, mereka tiba ke pasaran Malaysia secara rasmi dan mempunyai kedai rasmi di Lazada.

Antara jenis produk audio yang ditawarkan adalah TWS, fon telinga ANC, fon telinga tanpa wayar, dan lain-lain.

Melalui kedai rasmi Lazada, mereka memperlihatkan produk audio premium menarik seperti 1MORE True Wireless ANC In-ear, 1MORE Dual Driver ANC Pro Wireless, dan 1MORE ColorBuds True Wireless In-ear.

1MORE True Wireless ANC In-Ear Headphones




1MORE True Wireless ANC merupakan fon telinga TWS dengan penarafan audio dari THX dan teknologi QuietMax. Ia juga mempunyai ciri pembatalan hingar aktif, cip audio dari Qualcomm, Bluetooth 5.0 dan pengecasan pantas. Harga jualannya adalah RM669.

1MORE Dual Driver ANC Pro Wireless Headphones




1MORE Dual Driver AND Pro adalah fon telinga dengan rekaan gantung di leher. Ia dimuatkan dengan pembatalan hingar hibrid dan ketahanan bateri sehingga 20 jam. Dual Driver Pro ANC Pro juga ditalakan oleh jurutera audio Luca Bignardi untuk kualiti audio lebih baik. Harganya adalah RM599.

1MORE ColorBuds True Wireless In-Ear Headphones




1MORE ColorBuds True Wireless merupakan fon telinga lebih mampu milik dalam pakej kompak dan juga ringan. Terdapat 4 pilihan warna menarik - Midnight Black, Twilight Gold, Sakura Pink dan Spearmint Green. Harga jualan adalah pada RM299.

Untuk melihat kesemua produk audio yang dijual oleh 1MORE, boleh ke kedai rasmi mereka di Lazada melalui pautan ini.

 

 

Berkaitan