Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Janna Nick Dilantik Sebagai Duta Rasmi Vivo V7+

Janna Nick Dilantik Sebagai Duta Rasmi Vivo V7+

Diterbitkan September 18, 2017 · Dikemas kini September 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Vivo V7+ telah dirasmikan dengan jayanya pada 7 September lalu di acara yang berlangsung di India. Mempertaruhkan keupayaan kamera selfie 24MP, model ini dikhabarkan akan menembusi pasaran tempatan tidak lama lagi.

Bersempena dengan pelancaran Vivo 7+  untuk pasaran negara, Vivo Malaysia dikatakan telah melantik selebriti cantik manis, Janna Nick sebagai duta rasmi kepada model tersebut.

Dengan nama yang semakin meningkat naik, penglibatan Janna Nick sebagai duta dilihat dapat memperluaskan lagi pengenalan produk terbaru Vivo itu kepada pembeli di Malaysia, kerana selebriti jelita ini mempunyai kumpulan peminat yang agak ramai.

Sebelum ini, telefon pintar yang diberi jolokan “pakar selfie”, Vivo V5s, menampilkan penyanyi terkenal tanah air, Datuk Siti Nurhaliza sebagai duta mereka.

Janna Nick Dilantik Sebagai Duta Rasmi Vivo V7+

Sumber: Vivo Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
©2026 WISER.MY