Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Permohonan Dalam Talian i-Sinar Boleh Dibuat Mulai 21 Disember 2020

Jangan Tertipu Dengan Iklan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Di Media Sosial

Diterbitkan Mac 17, 2022 · Dikemas kini Mac 17, 2022 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, Kerajaan telah pun membenarkan kepada ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun untuk mengeluarkan caruman KWSP mereka sehingga RM10,000.00.

Tidak lama selepas pengumuman itu dibuat, kini sudah ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengiklankan perkhidmatan permohonan pengeluaran Khas KWSP tersebut di platfom media sosial.

Ekoran itu, KWSP hari ini menegaskan bahawa pihak mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk menguruskan permohonan tersebut.

Jangan Tertipu Dengan Iklan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP Di Media Sosial

Oleh itu, kepada semua pencarum diminta supaya berhati-hati dengan iklan-iklan sebegini agar tidak berputih mata kemudian hari.

Untuk makluman anda, permohonan untuk pengeluaran khas itu hanya akan dibuka bermula dari 1 April 2022 ini dan berakhir pada 30 April 2022.

Permohonan boleh dibuat terus melalui online. Pembayaran pula akan dibuat secara berperingkat bermula 20 April 2022.

Sumber: KWSP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY