Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
james gunn

James Gunn Kepalai DC Universe, Ini Jawapan Beliau Ditanya Apakah Benci Kevin Feige Dan Marvel

Diterbitkan Oktober 31, 2022 · Dikemas kini Oktober 31, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

James Gunn telah diumumkan sebagai CEO bersama dan pengerusi bersama untuk DC Studios, secara tak langsung akan mengelapai DC Universe.

DC Universe ialah kini menjadi nama rasmi merujuk pada siri filem yang diterbitkan DC kecuali untuk beberapanya yang tidak berkait, contohnya Joker.

Seorang lagi CEO bersama dan pengerusi bersama ialah Peter Safran. Dua insan ini akan mengemudi jentera komik-filem DC seperti mana Kevin Feige dengan MCU.

James Gunn Kepalai DC Universe, Ini Jawapan Beliau Ditanya Apakah Benci Kevin Feige Dan Marvel

Terdahulu, para peminat menggunakan frasa “DCEU” atau “DC Extended Universe” yang merujuk pada semesta adiwira-penjahat dibawakan DC ke panggung, seperti MCU yang bermakna Marvel Cinematic Universe.

Ini semua menjadi sebahagian usaha penjenamaan semula DC oleh Warner Bros dalam mengukuhkan kedudukan mereka dalam gelanggang yang kini didominasi Marvel.

James Gunn Kepalai DC Universe, Ini Jawapan Beliau Ditanya Apakah Benci Kevin Feige Dan Marvel

Anda pastinya sudah biasa dengan nama James Gunn terutamanya peminat MCU. Namanya semakin dikenali selepas Guardian of Galaxy dan Suicide Squad pertama.

Dengan pengumuman tersebut, ada netizen bertanya pada James Gunn sendiri di Twitter jika beliau membenci Kevin Feige dan Marvel. Twit netizen tersebut sudah tidak dapat diakses.

Berkaitan

  • Sejarah Dan Evolusi MARVEL, 81 Tahun Dalam Dunia Filem
  • Filem Pertama Johny Depp Selepas Menang Di Mahkamah Akan Disiarkan Netflix
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Senarai Prabayar Dengan Internet "Unlimited" Bawah RM50 Setakat Oktober 2022
  • Nak Tambah Orang Dekat Netflix? Boleh, Tapi Kena Bayar Lebih
  • Netflix Mungkin Minta Pengesahan Biometrik Pada Masa Akan Datang - Penyelidik
  • Pelan Lebih Murah Disney+ Hadir Disember Depan, Tapi Ada Ciri Yang Dikorbankan

Namun, James Gunn menjawab bahawa Kevin Feige orang pertama diberitahu tentang kontraknya dengan DC sebelum John Cena. Beliau juga menyukai figura penting di Marvel itu.

“Bukan sahaja saya suka Kevin, tapi juga beliau orang pertama yang saya beritahu selepas bersetuju dengan tawaran DC (John Cena orang kedua).”

Jelas beliau lagi, DC dan Marvel berkongsi azam yang sama dalam memberikan pengalaman sinematik yang hidup dan meriah.

james gunn kevin feige

Untuk makluman, James Gunn masih lagi terlibat dengan projek-projek bersama MCU seperti Guardians of the Galaxy Holiday Special (November 2022) dan Guardians of the Galaxy Vol. 3 (Mei 2023) namun semuanya sudah hampir siap.

Disney telah memecat James sebelum ini lantas memberi peluang untuk DC untuk menggunakan khidmat beliau.

Kemunculan Suicide Squad (versi reboot) dan siri Peacemaker menunjukkan keputusan DC melantik Gunn adalah pilihan tepat kerana mendapat reaksi positif daripada penonton.

James Gunn Kepalai DC Universe, Ini Jawapan Beliau Ditanya Apakah Benci Kevin Feige Dan Marvel

Marvel kemudian memanggil semula Gunn untuk menyiapkan Guardians of the Galaxy Vol. 3 beberapa bulan pemecatannya.

CEO Warner Bros. Discovery, David Zaslav berkata mereka akan bersedia dengan perancangan 10 tahun untuk DC seperti mana Feige dengan MCU.

Kita semua tahu bagaimana ‘serabut’ filem-filem DC sebelum ini ketika MCU mencapai kejayaan dengan Infinity Saga. Salah satu kegagalan mereka ialah Justice League arahan Joss Whedon (juga pernah berkhidmat dengan MCU).

BLACK ADAM Vs Superman? - The Last Movie Outpost

Dengan rasminya DC Studios di bawah tampuk pemerintahan James Gunn dan Peter Safran, Warner Bros kali ini nampak serius dalam memberi saingan terhadap Marvel/Disney.

Black Adam kini sedang ditayangkan di pawagam dan rata-rata penonton memberikan maklum balas positif dan bahkan berkata ia permulaan semula yang baik untuk DC.

Sumber: Warner Brothers, Rotten Tomates, Movie Web

Gambar utama: Screen Rant

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY