Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
netflix johny depp

Filem Pertama Johny Depp Selepas Menang Di Mahkamah Akan Disiarkan Netflix

Diterbitkan Julai 8, 2022 · Dikemas kini Julai 8, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Beberapa jam lalu, media Barat melaporkan Netflix akan memberi sokongan kewangan pada filem pertama Johny Depp selepas kemenangannya dalam kes saman terhadap Amber Heard.

Namun, sumber terdekat daripada Netflix memberitahu The Variety bahawa Netflix tidak membiayai filem itu sebaliknya melesenkannya untuk ditayangkan di Perancis.

Seperti ramai tahu, banyak pihak produksi Hollywood telah memulaukan Depp akibat daripada tuduhan Heard beberapa tahun dulu.

Filem yang akan menjadi pertama buat Johny Depp setelah sekian lama ini berjudul La Favorite,diarahkan oleh Maïwenn Le Besco.

Depp akan diberikan watak sebagai King Louis XV, raja Perancis dari 1715 hingga 1774.

Ini bermakna filem ini akan disiarkan Netflix untuk penggunanya di Perancis.

Turut ditekankan juga ialah filem bukanlah daripada siri original Netflix.

Penggambarannya akan bermula Jun hingga September ini di sekitar Versailles Palace.

Filem terakhir yang Depp bintangi sebelum ini ialah Minamata yang ditayangkan pada 2020.

Sumber: The Variety

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY