Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tawar Kandungan Netflix Dari Semua Negara, Aplikasi Ini Sebarkan Perisian Hasad Melalui WhatsApp

Nak Tambah Orang Dekat Netflix? Boleh, Tapi Kena Bayar Lebih

Diterbitkan Oktober 20, 2022 · Dikemas kini Oktober 20, 2022 oleh Helmi Samsuri

Kisah nak dikenakan caj tambahan bila pengguna nak tambah orang dalam akaun Netflix ni bukanlah perkara baru. Mac lepas dah dengar berita tentang ini dan tak lama selepas itu keluar pula berita ini. 

Menambah lagi berita-berita sedia ada, keluar pula laporan pendapatan bagi suku ketiga dan antara kandungannya adalah pengenalan caj ekstra bagi ‘extra members’ sekitar awal 2023.

Apa yang anda kena faham, caj tambahan ini dikenakan apabila anda ingin menambah ahli kedalam profil sedia ada. Antara negara terawal yang dah laksanakan langkah ini seperti Chile, Costa Rica dan Peru dimana tambahan ahli dibuat sehingga dua orang.

Untuk makluman, ahli yang ditambah itu akan mempunyai kata nama, kata laluan dan senarai cadangan kandungan yang tersendiri. Kita tahu, Netflix buat ni untuk bendung kes perkongsian kata laluan yang sememangnya merugikan mereka. Buat masa sekarang, tak tahu lagi berapa harga yang bakal dikenakan untuk rantau kita ini.

Sebagai gambaran, harga yang dikenakan di Chile (~RM11.60), Costa Rica (~RM14.10) dan Peru (~RM9.40). Harga ini adalah mengikut tukaran matawang semasa.

Nak baca lebih lagi tentang Netflix? Tatal tajuk cadangan dibawah.

Berkaitan

  • 5 Android TV Box Bawah RM300 Yang "Lulus" Google Dan Netflix
  • Netflix Umum Pelan Beriklan, Tersedia Di 12 Negara Bermula November Ini
  • Pelan Basic Netflix Di Malaysia Akan Sokong Resolusi 720p
  • Netflix Kenalkan "Profile Transfer", Ini Cara Pindahkan Data Profil Lama Ke Akaun Baru
  • Dua Pek TV Astro Kini Dah Ada Netflix, Harga Serendah RM129.99 Sebulan

Sumber: Netflix

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY