Jam Tangan Pintar Pertama Dari Google Dilancar Februari Ini

Beberapa bulan yang lepas, laman Android Police ada melaporkan tentang khabar angin mengenai jam tangan pintar yang akan dibangunkan oleh Google. Terkini, khabar angin yang diperkatakan itu akhirnya menjadi kenyataan dengan terhasilnya dua buah model jam tangan pintar (LG Watch Sport dan LG Watch Style) dengan kerjasama dari LG.


Jam tangan pintar itu dijangkakan diperkenal kepada umum pada 9 Februari 2017 nanti pada sebuah acara khas yang dibawakan oleh Google dan LG. Koloborasi antara kedua-dua syarikat berkenaan menghasilkan jam tangan pintar dengan reka bentuk elegan dan dikuasakan dengan platform Android Wear 2.0. LG cukup terkenal dengan rekaan jam tangan pintar yang kelihatan sangat eksklusif untuk di pakai.

Model Watch Sport bakal hadir dengan dua variasi warna, titanium dan biru gelap serta berketebalan 14.2 milimeter. Sesuai dengan nama Watch Style, model yang kedua ini mempunyai 3 pilihan warna; titanium, perak dan merah jambu keemasan dan pengguna boleh menukar tali mengikut corak atau warna kegemaran mereka. Ia sedikit nipis berbanding Watch Sport dengan ketebalan sekitar 10.8 milimeter.

Kedua-dua model tersebut dicipta dengan reka bentuk bulat dilengkapi dengan skrin paparan OLED plastik dan dibawah merupakan spesifikasi ringkas jam pintar berkenaan.

Watch Sport

  • 14.2 milimeter tebal.

  • Skrin 1.38 inci dengan resolusi 480 x 480

  • RAM 768 MB

  • Sambungan WiFi, Bluetooth, 3G dan  LTE

  • Sokongan pemantau denyut jantung, Android Pay GPS dan NFC

  • Memori dalaman 4GB

  • Bateri 430 mAh

  • Pensijilan IP68


 

Watch Style

  • 10.8 milimeter tebal

  • Skrin 1.2 inci dengan resolusi 360 x 360

  • RAM 512 MB

  • Sambungan WiFi, Bluetooth

  • Memori dalaman 4 GB

  • Bateri 240 mAh

  • Pensijilan IP67


Selain itu, difahamkan Google Assistant juga akan disepadukan ke dalam kedua-dua jam pintar berkenaan. Google Assistant merupakan pembantu maya yang dibina Google dan buat masa ini digunakan pada aplikasi Allo, telefon pintar Pixel dan juga Google Home (speaker yang didayakan dengan input suara).

Turut diberitakan, satu senarai jam tangan pintar yang akan dinaik taraf  ke Android Wear 2.0:



Sumber: Mashable, Android Police