Google Allo Lancar Pada Khamis Ini.







Allo, sebuah aplikasi pemesejan yang berintegrasi dengan fungsi Google Assistant bakal dilancarkan pada Khamis ini. Aplikasi ini pertama kali diperkenalkan di Google I/O pada Mei yang lalu adalah sebuah aplikasi yang membolehkan pengguna mencari informasi tanpa perlu meninggalkan perbualan yang aktif atau aplikasi itu sendiri. Ia juga merupakan sebuah aplikasi pemesejan yang selamat.dengan pelakasanaan enkripsi end-to-end. Selain itu, Allo juga mempunyai ciri tambahan seperti notifikasi persendirian, mesej musnah sendiri, dan mod incognito.







Menyerupai Facebook Messenger dan Line, perbualan mesej Allo di hiasi dengan pelbagai emoji dan pelekat yang menarik. Terdapat satu ciri menarik yang dikenali sebagai "Whisper Shout" yang akan menentukan saiz tulisan mesej berdasarkan berapa lama pengguna menekan butan hantar. Contohnya, tulisan mesej besar menunjukkan pengguna menjerit, manakala tulisan saiz kecil menunjukkan pengguna seperti berbisik.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Google Allo mari sama-sama kita nantikan hari Khamis ini.



Sumber: malaysiahardwarezone.com