Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jack Ma Mengesahkan Alibaba Sedang Melihat Ke Dalam Teknologi Kereta Panduan Sendiri

Jack Ma Mengesahkan Alibaba Sedang Melihat Ke Dalam Teknologi Kereta Panduan Sendiri

Diterbitkan April 24, 2018 oleh Wiser MY

Teknologi kereta panduan sendiri menarik pelaburan berbilion-bilion US$ dari syarikat gergasi teknologi dan pemain automotif walaupun teknologi tersebut mengakibatkan seorang wanita mati terbunuh akibat dilanggar oleh kenderaan Uber yang dipandu sendiri.

Bukan sahaja syarikat dari Amerika Syarikat sedang giat menyempurnakan teknologi panduan sendiri malah syarikat teknologi dari China juga dikatakan mahu turut sama meyertai industri itu.

Jack Ma Mengesahkan Alibaba Sedang Melihat Ke Dalam Teknologi Kereta Panduan Sendiri

Salah satu syarikat China tersebut adalah Alibaba kepunyaan Jack Ma. Alibaba sedang dalam proses melakukan kajian terhadap teknologi panduan sendiri dan cuba membuatkan ‘teknologi’ tersebut dapat membantu manusia dengan cara yang baik.

Ma mendedahkan perkara tersebut semasa sidan media di Thailand selepas menandatangani perjanjian bersama kerajaan Thailand dalam usaha untuk mewujudkan hub digital di timur Thailand.

Ma bagaimanapun tidak mendedahkan dengan terperinci sejauh mana Alibaba sudah mencapai kemajuan dalam penyelidikan mereka.

Sementara itu, pihak berkuasa China telah meluluskan undang-undang yang membenarkan ujian kenderaan panduan sendiri dilakukan di atas jalanraya negara republik tersebut.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY