Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Apple

Google Bakal Disaman Kerana Bersikap Tidak Adil Kepada Pesaing Carian Seperti Bing

Diterbitkan September 30, 2020 · Dikemas kini September 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Modal bisnes utama Google adalah carian dan juga pengiklanan. Pada masa yang sama mereka juga merupakan syarikat paling dominan dalam industri yang beroperasi menggunakan kaedah berkenaan.

Terkini menurut Reuters, Jabatan Keadilan Amerika (DOJ) dijangka menyaman Google pada minggu hadapan.

Menurut mereka, Google tidak berlaku adil terhadap syarikat saingan seperti Bing.

Lebih tepat lagi, Google didakwa ‘menghilangkan’ data-data pengguna diperoleh syarikat pesaing supaya lebih memihak kepada Google.

Tambahan lagi, Google dikatakan mengawal kotak carian dan tetapan-tetapan berkaitan atas tujuan yang sama.

Saman terhadap Google atas isu pengiklanan dan carian bukanlah perkara baharu kerana tahun lepas juga mereka pernah disaman sebanyak 1.49 juta Euro oleh kerajaan Eropah.

Mereka menjumpai bahawa Google menyekat iklan yang dipamerkan melalui enjin carian Bing dan Yahoo.

Apa yang pasti, Google sebagai syarikat dominan dalam arena pengiklanan tidak sepatutnya menggunakan kelebihan tersebut untuk mewujudkan persaingan tidak sihat sesama pesaing.

Sumber:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY