Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jabatan Bomba Di 3 Buah Negeri Ini Mempunyai Aplikasi Telefon Pintar Tersendiri

Jabatan Bomba Di 3 Buah Negeri Ini Mempunyai Aplikasi Telefon Pintar Tersendiri

Diterbitkan Ogos 2, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 2, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sejak kebelakangan ini, anda boleh lihat beberapa jabatan kerajaan mula membangunkan aplikasi serta laman web bagi memudahkan orang awam dan pengguna menghubungi mereka.

Seperti contoh Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tampil dengan aplikasi VSP dan laman web e-Reporting yang membantu pengguna dalam membuat laporan kehilangan atau jenayah secara atas talian.

Minggu lalu telah diberitakan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur hadir dengan aplikasi telefon pintar dikenali sebagai Bomba KL. Dengan terciptanya aplikasi itu, ia merupakan langkah terbaik daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam menyediakan medium bagi menghubungkan pihak bomba dan orang awam.

Selain itu, jabatan bomba bagi negeri Johor dan Selangor turut mempunyai aplikasi android mereka yang tersendiri. Ketiga-tiga aplikasi mempunyai ciri yang hampir sama seperti…

  • Direktori Jabatan Bomba Sukarela (buat panggilan terus ke balai berhampiran)
  • Lokasi balai bomba di dalam negeri tersebut
  • Program anjuran jabatan
  • Statisktik panggilan
  • Galeri Bomba dan Penyelamat
  • Aduan Awam
  • Tips keselamatan.

Diharap dengan adanya aplikasi ini, situasi kecemasan seperti kebakaran, menangkap haiwan liar dan lain-lain dapat ditangani dengan kadar yang segera.

Pujian wajar diberikan kepada ketiga-tiga jabatan bomba ini kerana tampil dengan aplikasi yang sememangnya sangat berguna kepada orang awam.

Muat turun aplikasi dari Google PlayStore >> Bomba KL, Bomba Johor, Bomba Selangor

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY