Tetapi tahukah anda kini anda tidak perlu lagi berbuat demikian kerana, Polis Diraja Malaysia telah membangunkan satu kemudahan untuk membuat laporan secara atas talian.
Dikenali sebagai e-Reporting, laman web itu merupakan jalan mudah bagi anda membuat laporan terus kepada pihak polis bagi kes-kes kehilangan barangan dan dokumen penting seperti...
- kad pengenalan,
- lesen memandu,
- passport,
- kad ATM/kredit,
- cukai jalan,
- komputer riba, dan juga
- telefon bimbit.
Tidak terhad kepada kes kehilangan barangan, laporan mengenai kes pembantu rumah lari turut boleh dibuat secara atas talian menerusi e-Reporting. Ia pertama kali dilancarkan bertempat di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail pada 10 Mac 2017 yang lalu oleh PDRM bagi menyahut seruan kerajaan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).
Difahamkan sebanyak 80% hingga 90% laporan polis dibuat di sekitar Kuala Lumpur pada 2015-2016 adalah berkaitan dengan kes yang disenaraikan diatas.
Sistem laporan atas talian PDRM ini turut mendapat maklum balas baik daripada orang ramai dan akan diperkembangkan lagi di seluruh bahagian Kuala Lumpur. Pihak polis turut berharap dapat meluaskan lagi pelaksaannya ke serata Malaysia secara berperingkat pada masa hadapan.
Turut dibangunkan adalah Sistem Semakan Atas Talian yang mana ia akan membolehkan pembuat laporan menyemak perjalanan kes mereka.
Untuk memberi maklumat kes-kes jenayah yang lain, PDRM turut menawarkan sebuah aplikasi dipanggil Peronda Telefon Pintar Maya (VSP) dimana anda boleh menyalurkan maklumat seperti...
- gambar,
- video, dan
- koordinat lokasi kejadian
...kepada pihak berkuasa.
Sila klik pautan untuk ke laman e-Reporting dan Sistem Semakan Online. Klik Peronda Telefon Pintar Maya (VSP) jika ingin muat turun aplikasi.
Sumber: HMetro, The Malaymail Online
Berkaitan
- Tolong Padam 15 Aplikasi Ini Sekarang, Ada Terkandung Perisian Hasad Joker
- Nak Beli Telefon Tapi Harga Naik Sebab SST? OPPO Tidak Naikkan Harga Peranti Mereka
- Berapa Kapasiti Bateri Dan RAM Yang Ada Pada iPhone SE 2020? Ini Jawapannya
- Bajet 2022: Dua Juta Belia Bakal Dapat RM150 Melalui e-Dompet
- YouTube Menambah Senarai Telefon Pintar Dengan Sokongan Paparan HDR
- Sistem Perbankan BSN Tergendala, Proses Baik Pul
- Telefon Samsung Yang Dioperasikan Oreo Akan Memberikan Nama Screenshot Berdasarkan Aplikasi
- Facebook Mungkin Akan Sembunyikan Jumlah Like
- VLC 3.0 Dilancarkan, Berikut Ciri-Ciri Yang Terkandung Didalamnya
- NFCP Manfaatkan Pelanggan Pos Malaysia Diluar Bandar