Laporkan Kes Jenayah Kepada Polis Lebih Mudah Dengan Aplikasi VSP

Jenayah berlaku didepan mata dan apa yang anda harus lakukan?

Selain daripada membuat panggilan kepada pihak berkuasa, anda juga boleh membuat aduan salah laku melalui aplikasi telefon pintar.

Volunteer Smartphone Patrol atau VSP merupakan sebuah aplikasi telefon pintar yang menghubungkan antara masyarakat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ia pertama kali diperkenalkan pada bulan Mei  yang lalu semasa Persidangan Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri  Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Bagaimana ia berfungsi?

Ia mirip seperti fungsi Rakan Cop yang menawarkan talian hotline dan perkhidmatan SMS kepada PDRM, tetapi VSP hadir dengan lebih pilihan iaitu pengguna mampu menghantar maklumat seperti:

  • Gambar

  • Video

  • Koordinat GPS lokasi kejadian


Untuk menggunakan aplikasi ini, orang ramai perlu mendaftar sebagai ahli VSP terlebih dahulu dan bagi mereka yang sudah mendaftar sebagai Rakan Cop, mereka akan terus diserap masuk sebagai ahli VSP.

Kapsyen: Cara mendaftar aplikasi VSP


 

Kapsyen: Cara melaporkan jenayah kepada PDRM melalui VSP


Segala informasi yang diterima akan disalurkan terus ke Pusat Kawalan Kontinjen sebelum data itu dihantar ke pusat kawalan daerah untuk tindakan serta-merta ataupun siasatan lanjut.

Melihat kepada pertambahan pengguna telefon pintar dalam negara, ia merupakan langkah bijak daripada PDRM dalam membendung jenayah daripada berleluasa.

 

Sila klik untuk muat turun aplikasi: Android, iOS

Sumber: BH OnlinePDRM