Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone XS Max Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin Terbaik

iPhone XS Max Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin Terbaik

Diterbitkan September 25, 2018 ยท Dikemas kini September 25, 2018 oleh Haikel Areff

iPhone XS Max yang mempunyai kepadatan piksel sebanyak 458ppi muncul sebagai telefon pintar dengan paparan skrin terbaik hari ini, menurut DisplayMate. Peranti berkenaan hadir dengan panel paparan Super Retina OLED bersaiz 6.5-inci.

iPhone XS Max Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin TerbaikKredit : Trusted Review

Pelbagai ujian telah dibuat oleh pihak DisplayMate sebelum mengeluarkan kenyataan berikut, antaranya :

  • Pengurusan warna
  • Prestasi kepelbagaian sudut paparan
  • Paparan HDR
  • Kecekapan kuasa paparan
  • Resolusi paparan
  • Ketepatan warna

Hasil ujian yang dibuat, iPhone XS Max menerima gred A+, sama seperti iPhone X dan Samsung Galaxy Note 9, namun iPhone XS Max menerima markah yang lebih tinggi. Menutut DisplayMate lagi, paparan yang ada pada peranti tersebut sangat hampir kepada kesempurnaan.

iPhone XS Max Diiktiraf Sebagai Telefon Pintar Dengan Paparan Skrin TerbaikKredit : BGR

Mungkin aspek-aspek sebeginilah yang menjadi faktor mengapa iPhone seringkali dijual pada harga yang agak tinggi berbanding peranti premium lain di luar sana. Untuk membaca laporan penuh ujian, anda boleh klik pautan ini.

 

Kredit Imej Paparan : iMore

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY