Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Telefon Pintar Xiaomi Mula Terima HyperOS

Pengguna Telefon Pintar Xiaomi Mula Terima HyperOS

Diterbitkan Januari 9, 2024 · Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh ariff bukhari

Xiaomi mula menawarkan sistem operasi mereka, HyperOS kepada pengguna telefon pintar Xiaomi secara berperingkat.

Barisan terawal telefon pintar Xiaomi yang menerimanya adalah Xiaomi 13T Pro di mana pengguna peranti itu di Eropah sudah mula menerimanya.

Malah pengguna Xiaomi 13 Pro di India dan Greece juga sudah mula mendapat HyperOS.

Pada bulan lepas, Xiaomi menjanjikan bahawa HyperOS akan datang kepada sekurang-kurangnya 8 peranti mereka pada suku pertama 2024 dengan Xiaomi 13T Pro menjadi yang pertama.

Daripada log perubahan yang telah dikongsi oleh Mishaal Rahman di X, terdapat banyak perubahan disenaraikan.

Antara kandungan utama kemas kini Xiaomi HyperOS itu adalah animasi baharu pada antara muka, rekaan baharu aplikasi Weather, ikon Home baharu, ciri Multitasking baharu dan banyak lagi.

My Xiaomi 13T Pro just got the Android 14-based HyperOS update the other day. Here's the full changelog:

– System

Updated Android Security Patch to December 2023. Increased system security.

– Comprehensive refactoring

Xiaomi HyperOS comprehensive refactoring optimizes… pic.twitter.com/JthkfxLdQ1

— Mishaal Rahman (@MishaalRahman) January 6, 2024

Selain itu, kemas kini ini juga memberikan tampalan keselamatan bulan Disember 2023.

Telefon Xiaomi anda akan memberitahu anda jika kemas kini tersedia dan menyokongnya. Tetapi anda juga boleh menyemaknya secara manual melalui tetapan (settings) peranti tersebut.

Berkaitan

  • HyperOS 1.0 Akan Dilancar Suku Pertama 2024, Ini Peranti Yang Dapat Dulu
  • Xiaomi SU7: Laju Dari EV Porsche Dan Tesla, Jarak Sejauh 800KM, Harga Tak Murah
  • Senarai Terkini 18 Jenama Telefon Pintar Yang Sedia Sokong Rangkaian 5G Malaysia 2024

Sumber: Android Headlines

(Beli pelbagai produk Xiaomi dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
©2026 WISER.MY