Kini, platform penanda aras kamera telahpun mengeluarkan laporan ujian melibatkan model tersebut. Generasi SE kedua ini telah diberikan skor keseluruhan sebanyak 101 sama seperti Google Pixel 3a. Ia juga berkongsi skor yang sama seperti iPhone XR dan ini tidak menghairankan kerana kedua-duanya mempunyai tetapan kamera yang serupa.
Menurut DxOMark, iPhone SE menawarkan rakaman yang baik untuk imej kawasan dalam dan luar bangunan. Antara kekuatan utama bagi peranti ini adalah penghasilan warna dimana ia dikatakan seimbang bersama kepekatan yang mencukupi.
Selain bagus pada ciri autofokus dimana ia pantas serta konsisten, terdapat juga kelemahan pada peranti tersebut. Hanya berbekalkan kamera 12MP, terdapat hingar dan kurang perincian lebih-lebih lagi pada rakaman didalam bangunan atau rakaman kontras tinggi.
Skor rakaman swafoto iPhone SE pula diberikan sebanyak 84 dan bagi laporan lanjut anda boleh lawati DxOMark Camera, Selfie.
Berkaitan
- Samsung Galaxy A11, Skrin 6.4 Inci Dan Tiga Kamera Belakang
- AMD Dilapor Menyaman MediaTek Kerana Pelanggaran Hak Paten Teknologi Grafik
- Amerika Syarikat Beri Lesen Lanjutan 2 Minggu Kepada Huawei
- Pra-Tempah OPPO Find X Bermula Hari Ini
- Program Sekolah Tanpa Tunai Dicadangkan Pelaksanaan Lebih Meluas
- Shazam Untuk iOS Kini Mempunyai Mod Luar Talian
- 7 Aplikasi Edit Gambar Terbaik Untuk Peranti Mudah Alih Anda
- TheNoor, Aplikasi Waktu Solat Dari Neelofa Kini Sudah Boleh Dimuat Turun
- Pocophone F1 Mula Terima Ciri Gerak Perlahan 960fps Dan Penambahbaikan Mod Malam
- Windows 10 Kini Dioperasikan Pada 600 Juta Peranti