Untuk iPhone SE ini ia sepatutnya dijadualkan pelancarannya melalui acara rasmi fizikal. Namun disebabkan wabak Covid-19, ia terpaksa membatalkan acara tersebut dan hanya mengumumkannya secara atass talian. Secara keseluruhan, jika anda penggemar iPhone dengan saiz kecil, mungkin anda sedikit kecewa kerana sudah tiada iPhone yang bersaiz kompak dikeluarkan oleh Apple.
Jika ada pun, ia merupakan iPhone 8 yang dilancarkan pada tahun 2017. Jadi pengguna tiada pilihan untuk membeli peranti saiz kompak dengan harga yang rendah. Hari ini, Apple telah menghadiahkan sekeping surat cinta untuk peminat iPhone dengan saiz kecil dengan spesifikasi terkini dan juga yang paling penting, harga pasaran yang rendah.
Rekaan keseluruhan peranti adalah mirip iPhone 8 jadi terdapat ruang bezel pada bahagian atas dan bawah peranti. Paparan peranti adalah berukuran 4.7 inci dengan panel LCD. Ia beresolusi 750 x 1334 dengan PPI hanya 326 pixel sahaja.

Terdapat juga fungsi pengimbas cap jari Touch ID klasik diletakkan pada bahagian bezel bawah peranti.
Cip dijana oleh Apple Bionic A13 yang merupakan cip yang digunakan pada siri iPhone 11 sebelum ini. RAM pula adalah 3GB dengan storan dalaman bermula 64GB sehingga 256GB.

Sebagai sebuah peranti mampu milik, hanya satu kamera belakang hanya yang dimuatkan bersaiz 12MP. Ia mampu merekod video 4k sehingga 60fps dan juga Portrait Mode walau hanya satu lensa sahaja Manakala untuk kamera swafoto pula adalah bersaiz 7MP (f/2.2).
Terdapat 3 pilihan warna iaitu hitam, merah, dan putih. Bateri pula adalah sebesar 1,821mAh yang merupakan saiz sama dengan iPhone 8 sebelum ini. Menurut Apple, ketahanan bateri adalah sama sahaja seperti iPhone 8.
Menariknya ia turut menyokong pengecasan pantas 18W dan pengecasan tanpa wayar. Akan tetapi pengecas yang disediakan hanya berkelajuan 5W sahaja. Untuk mengecas dengan kelajuan 18W tersebut, pengguna perlu membeli pengecas yang berasingan.
Antara fungsi lain adalah perlindungan kalis air IP67 namun, untuk anda yang merindukan bicu audio 3.5mm, harap maaf kerana tiada fungsi tersebut untuk peranti ini. Lain-lain spesifikasi adalah Wi-Fi 6, pembesar suara stereo, getaran Haptic Touch, dan juga True Tone.

Yang paling menarik dengan iPhone SE ini adalah harga jualannya. Ia dijual pada harga rasmi $399. Ini merupakan harga yang sama ketika iPhone SE (2016) diumumkan jadi anda bernasib baik kerana Apple tidak naikkan harganya.

Di Malaysia, peranti dijual pada harga bermula RM1,999 untuk model 64GB, RM2,199 untuk 128GB, dan RM2,699 untuk 256GB. Namun untuk pembelian, anda masih belum boleh berbuat demikian kerana penghantaran masih belum tersedia.
Sumber: Apple MY
Berkaitan
- Apple Menjual Roda Mac Pro Dengan Harga RM2,799
- OPPO Masih Belum Sedia Untuk Menjual Telefon Skrin Boleh Gulung Secara Komersial
- 'Membawang' Di Media Sosial Boleh Dikenakan Denda Maksimum RM50,000 Atau Penjara Setahun
- Xiaomi Mi 10 Ultra Mengalahkan Huawei P40 Pro Sebagai Raja Kamera Baharu DxOMark
- OPPO Umum Kerjasama 3 Tahun Bersama Hasselblad
- Microsoft Sedang Membangunkan Cloud PC - Penggunaan Windows PC Peribadi Berasaskan Komputeran Awan Azure
- iPhone 12 Alami Masalah Rangkaian LTE Dan 5G Terputus Ketika Memandu
- Motorola Edge S Kini Rasmi Sebagai Telefon Pertama Dengan Snapdragon 870
- Dengan Jualan Sebanyak 103 Juta Unit, Switch Jadi Konsol Paling Laris Nintendo Dalam Sejarah
- Bantuan Prihatin 2.0 Sehingga RM1000 Akan Disalurkan Bermula Hujung Oktober