Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 8 Plus Tewas Kepada Samsung Galaxy Note 8 Dalam Ujian Buka Aplikasi

Posted on Oktober 1, 2017Oktober 2, 2017

Perbandingan yang paling dinantikan ramai peminat antara dua model dari pengeluar telefon pintar gergasi sudahpun bermula. Samsung Galaxy Note 8 dan juga iPhone 8 Plus telah dijadikan bahan ujikaji bagi menentukan telefon mana yang lebih pantas membuka sesuatu aplikasi.

Satu video ujian buka aplikasi telah dimuat naik oleh David Rahimi pada saluran YouTube beliau, PhoneBuff.

Ujian kepantasan ini dijalankan sebanyak dua pusingan secara terus menerus dimana pada pusingan pertama, 16 aplikasi telah dibuka dan pada pusingan ini, iPhone 8 Plus dilihat berjaya membuka aplikasi lebih pantas sedikit berbanding Galaxy Note 8.

Bagi pusingan seterusnya yang boleh diibaratkan sebagai penentuan, kesemua aplikasi tadi dibuka semula dan kita dapat lihat RAM 6GB Galaxy Note 8 sangat membantu dalam pusingan terakhir ini. Dengan perbezaan hampir 6 saat, boleh dirumuskan bahawa kemampuan RAM 6GB Samsung mampu melaksanakan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa walaupun agak perlahan sedikit ketika membuka aplikasi seperti permainan.

Mari kita saksikan pertembungan antara Samsung Galaxy Note 8 (Snapdragon 835/ RAM 6GB) dengan iPhone 8 Plus (A11/ RAM 3GB).

Sumber: Mdroid

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress