Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20

iPhone 2019 Dilapor Bakal Hadir Dengan Rekaan Kamera Utama Menyerupai Huawei Mate 20

Diterbitkan Januari 7, 2019 oleh Haikel Areff

Jika Apple sebelum ini dikenali sebagai perintis bagi sesebuah trend dalam pembangunan telefon pintar. Namun, ia mungkin tidak lagi akan berlaku selepas ini dimana pengeluar-pengeluar peranti Android dilihat semakin agresif dalam mencipta teknologi baharu.

Antara trend yang popular pada tahun ini ialah tetapan tiga kamera utama. Salah satu peranti yang menggunakan teknologi berkenaan ialah siri Huawei Mate 20.

Berbeza dengan “abangnya” P20 Pro,  tiga lensa kamera Mate 20 dipasang dalam satu panel berbentuk segi empat  Terbaru, rekaan tersebut dilaporkan akan diikuti oleh Apple pada model iPhone 2019 mereka.

iphone 2019
Forbes

Berdasarkan imej yang didedahkan oleh @onleaks (Steve Hemmerstoffer) di atas, iPhone 2019 akan hadir dengan reka bentuk kamera yang hampir sama dengan Mate 20 Pro, namun dipasang dibahagian bucu dengan susunan yang berbeza.

Apple sebelum ini dikatakan sedang mempertimbangkan untuk menggunakan teknologi ToF pada kamera iPhone mereka tahun ini.

As clearly stated in @digitindia post, please keep in mind this is a freakingly early leak and thus, things may change until official launch… Cheers! 😙 pic.twitter.com/6QGbGIAh6s

— Steve H.McFly (@OnLeaks) January 6, 2019

Bagaimanapun, berdasarkan kiriman berikutnya dari Steve yang menyatakan ini bukanlah rekaan yang terakhir, kita boleh menjangkakan bahawa rekaan tri-kamera iPhone 2019 nanti adalah berbeza.

Tambahan pula, Apple dijangka hanya akan melancarkan iPhone tersebut pada bulan September nanti.

 

Sumber: Forbes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY