Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 2018 Mungkin Perlahan Berbanding Telefon Pintar Android

iPhone 2018 Mungkin Perlahan Berbanding Telefon Pintar Android

Diterbitkan Julai 30, 2018 ยท Dikemas kini Julai 30, 2018 oleh Helmi Samsuri

Jika anda sedang berkira-kira untuk membeli iPhone keluaran tahun ini, satu perkhabaran kurang enak sudah timbul tempoh hari.

Pemerhati meramalkan iPhone 2018 dijangka lebih perlahan berbanding peranti Android berikutan sengketa mereka bersama pembuat cip terkemuka, Qualcomm.

Dilaporkan Qualcomm tidak akan membekalkan modem mereka kepada Apple untuk keluaran tahun in

Umum mengetahui Apple membangunkan cip pemprosesan mereka sendiri tetapi masih bergantung kepada cip lain untuk sambungan rangkaian.

Kerjasama antara Apple dan Qualcomm sudah terjalin sejak iPhone 4S lagi. Apple dilaporkan akan beralih arah dengan memilih modem dari Intel.

Ketika ini, cip 4G Intel sudah digunakan hampir separuh daripada iPhone dipasaran.

Berita lain pula adalah berkenaan dengan model iPhone mampu milik dimana penawarannya mungkin sedikit lewat.

Menjadi buah mulut kerana bakal ditawarkan pada harga lebih rendah, peranti berkenaan dikatakan dipasang dengan skrin paparan 6.1 inci.

Difahamkan kelewatan adalah disebabkan masalah kualiti. Apple bakal hadir dengan dua lagi model untuk 2018 yang menggunapakai skrin OLED 5.8 inci dan 6.5 inci.

Sumber: Cnet

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY